Saturday, June 23, 2012

Personal: Senangnya Pegawai Kerajaan Pangkat Besar


Akhir-akhir ni timbul gejala tak sihat kakitangan awam yang berpangkat besar. Hari ni bersara esok dah bagi jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bukanlah tak boleh tetapi orang yang dah lama dalam GLC mesti nak merasa naik pangkat. Samalah dengan jabatan kerajaan pun. Takde ke orang ke dalam GLC yang lebih layak untuk pegang jawatan tersebut???

Yang pangkat kecik-kecik melopong je tengok boss diaorang berpindah dari satu kerusi empuk kepada kerusi empuk yang lain. Dahla kena kerja teruk-teruk sampai umur 60 tahun, sekarang pegawai-pegawai baru pun diambil secara kontrak je. Kadang-kadang terfikir Presiden CUEPACS ni nak kerja smpai akhir hayat ke? Ramai yang tak mahu umur persaraan dilanjutkan ke 60 tapi sekarang benda dah jadi. 

Nota Kaki: Presiden, CIO GLC terbesar negara kini diisi oleh kakitangan awam. Untunglah~

Monday, June 18, 2012

Personal: WWW 1



No plat WWW 1 yang menjadi rebutan ramai kini sah menjadi milik Sultan Johor. Malas nak ulas banyak-banyak sebab umum dah tahu. Mungkin ketelusan jabatan kerajaan yang membuat tawaran bidaan dalam membuat penilaian pemenang bidaan boleh dikaji. Sekiranya nombor tersebut mahu diberi secara percuma, tidak perlulah dibuka untuk bidaan. Tetapi mungkin ramai yang tak tahu personaliti lain yang memenangi bidaan plat siri WWW.


WWW 5 YDPA, 
WWW15 Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan),
WWW 69 Datuk Puad Zarkashi ( Timbalan Menteri Pelajaran)
WWW97 Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di JPM), 
WWW 303 Datuk Kamarudin Meranun (AirAsia) 


Harga bidaan boleh dilihat di laman web JPJ. Apa yang menarik adalah kesemua 9999 nombor dalam siri WWW habis didaftarkan dalam masa 2 hari. Namun apa yang lebih menarik adalah signifikan pergerakan no plet di seluruh  negara. Ak bukan minat sangat dengan nombor ni. Pakai no 1 kat kereta pun belu tentu JPJ tak saman. Haha

Seperti entri sebelu ini, Apa ada pada nombor, nombor plat boleh menjadi indikator kepada tahap kemajuan sesebuah negeri. Kalau nak dikira kutipan cukai sampai bila pun negeri Kelantan di tempat kedua terakhir (Perlis paling sedikit). Kutipan cukai banyak dikaitkan dengan politik yang mana pelabur asing  yang ingin melabur di negeri pembangkang akan 'dinasihatkan' supaya melabur di negeri lain. 

Berbanding dengan nombor plat, kita boleh lihat 'kadar kemajuan' seiring dengan nombor siri   
yang telah dicapai oleh negeri tersebut. Boleh tengok table kat bawah.


31.12.2008
17.06.2012
Pertambahan
WSD
4621
WWX
5597
+ 1,130,863
JLJ
5176
JNR
1945
+ 526,716
BKF
9525
BLS
5622
+ 336,063
PJA
8042
PKQ
5176
+ 362,497
AGR
3804
AHY
1032
+ 297,198
QAP
635
QAA
8154 B
+ 117,508
KCK
3644
KDF
6354
+ 192,691
SAA
4553 W
SAB
102 K
+ 115,537
CCJ
841
CDA
9670
+ 158,814
NCE
115
NCR
5456
+ 115,330
MBS
3912
MCF
812
+ 116,888
DBJ
7246
DCB
3747
+ 156,485
TAU
1219
TBG
2781
+ 111,551
RH
4970
RK
1590
+ 16,618

Haha. Pertambahan kenderaan di 'negeri miskin' lebih banyak berbanding negeri yang menerima royalti minyak. Walaupun Kelantan hanya baru mencapai siri DCB berbanding Pahang CDA, Negeri Sembilan NCR, Melaka MCF, tetapi pertambahan kenderaan lebih banyak berbanding negeri-negeri tersebut.

Lebih menarik JPJ Kelantan mengeluarkan tender untuk siri DCC bermula pada 4 jun sehingga 24 jun 2012, iaitu hanya 2 minggu setelah siri DCB mula didaftarkan dan berada di atas jalan raya. Haha.

Info tambahan boleh dilihat di sini.


Tuesday, May 15, 2012

Personal : Praktikal

Alhamdulillah, someone reminds me about my blog. A ig thank you to him. It has been a long time since I last wrote here. I had a tiring semester during the 3rd year 2nd semester of studies and just finished my final exam. So I am more relax today. =)


Oh ya, I will be going for internship next semester starting from June until December and I am looking forward for it. Well, some say that internship is just a period where you can relax a bit and do not have to open the textbook. It is kinda true to some degree but I think I am going to grab as much as I can for the knowledge and experience.


InsyaAllah if anything goes smoothly, I will be finishing my internship this December and graduated after Sept 2013! Pray for me to do well in studies and in my life as well. 

By the way, I will be doing my internship right here at Dr Nik & Associates Sdn. Bhd in Wangsa Maju. This is the picture although it is just a computer drawing. Thanks to jalakmas.blogspot.com for this pic! =)

Wednesday, January 11, 2012

Sharing: Doktor




Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral of the story: Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through 

Credit to FB.

Sunday, January 8, 2012

Personal : Edukesyen system (baca gaya usop wilcha) =)


Our education system seems to work like this. ROFL


The smartest students with the highest distinction will become engineers, doctors, architect, accountant. They become the professionals 

The average students with few distinctions will pursue MBA or LLB and take the position to outdone (harass) the smartest students which become engineers, doctors, architect, accountant.

The students from the back of the class, haha, with no or one and two distinctions will become politicians and cause a lot of chaos/ trouble to the two groups above. 

Is that true in Malaysia? Haha

Wednesday, January 4, 2012

Personal : 2012


Tahun 2012. Umur meningkat setahun lagi. Baru semalam rasanya sweet 17, haha. Tahun ni dah masuk 22 tahun. Lagi setahun nak graduate. Tahun 2012 ni awal-awal dah bagi kejutan dari cerita pelajar UPSI sampailah pendedahan terbaru, kejutan budaya pelajar Malaysia di luar negara. Masih teringat lagi waktu Nur Amalina Che Bakri yang diumumkan pelajar terbaik   dengan keputusan 17A1. Meremang bulu roma bila mendengar dapat keputusan macam tu.  Kejayaan Amalina menjadi inspirasi kepada calon SPM lepas tu. Siri ceramah dan buku dipasarkan. Amalina menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University of Edinburgh. Bukan sedikit yang terkejut dengan perubahan Amalina dari imej bersih bertudung kepada yang terdedah sana-sini. Bukanlah untuk menilai tetapi ramai dah yang terkena kejutan budaya. Jati diri Islam yang lebih utama berbanding jati diri Melayu. Waktu aku ditawarkan ke Australia dulu pun pernah terfikir hal ni. Minta dijauhkan benda-benda tak elok ni. Berita lanjut boleh lihat di sini.

Berbeza dengan Amalina, aku kagum dengan Siti Fatimah Mukhtar. Amalina dan Fatimah kedua-duanya anak kelahiran Kelantan, tetapi yang membezakan mungkin jati diri Islam. Dua -dua sama pandai dan mengambil jurusan perubatan tetapi rasanya lebih sesuai dengan mencontohi Fatimah. Berita lanjut boleh lihat di sini.

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua agar terus berada di jalannya. Kita mungkin bercakap mengenai Amalina tapi siapa dapat meramal masa hadapannya?

Monday, December 19, 2011

Sharing : Haji mabrur



Suatu hari pada musim haji, Abdullah bin Mubarak melaksanakan ibadah haji di tanah suci tertidur di Masjidil Haram. Dalam tidurnya, beliau bermimpi bertemu dengan seorang malaikat yang memberitahunya antara orang mendapat haji mabrur pada tahun itu adalah seorang tukang kasut bekerja di pasar Baghdad. Selepas itu, Mubarak terjaga dari tidurnya. Sungguh terkejut sekali beliau dengan mimpi itu dan sangat hairan kenapa tukang kasut itu hadir dalam mimpi berkenaan. 



Apakah yang dilakukan tukang kasut itu hingga melayakkan dia mendapat haji mabrur. Beliau kemudiannya mencari dan akhirnya menemui tukang kasut itu serta memintanya menceritakan apakah amalan yang dilakukannya hingga dia masuk dalam mimpinya dengan membawa perkhabaran mendapat haji mabrur. 

Tukang kasut pun menceritakan peristiwa dia bersama isterinya selama 30 tahun merancang untuk naik haji. Selama itu, hampir setiap hari, minggu dan bulan dia menabung dan mengumpulkan wang dengan menjalankan kerja-kerja upah memperbaiki kasut. Tahun ini tabungan hajinya bersama isteri sudah cukup dan dia buat keputusan untuk naik haji. Namun apa yang terjadi? Suatu hari, isterinya mencium bau harum masakan dari jirannya. Disebabkan hairan dengan haruman masakan itu isterinya memberanikan diri menghampiri rumah jirannya dengan harapan untuk meminta sedikit masakan itu. 

“Wahai jiran yang baik, hari ini saya mencium harumnya masakan kamu, bolehkah saya rasa sedikit masakan itu?” pinta isteri tukang kasut itu kepada jirannya. 

“Tuan puteri yang baik, masakan ini tidak halal bagimu,” jawab jirannya. 
“Mengapa tidak halal?” tanya isteri tukang sepatu itu dengan terkejutnya. 

“Daging yang kami masak adalah bangkai yang kami temukan di jalan. Kami tidak tahan melihat anak-anak kami kelaparan. Kami sudah membanting tulang mencari makanan yang lebih baik, tapi kami tidak berjaya juga. 

Akhirnya hanya bangkai ini yang kami dapat, lalu kami masak demi melihat anak-anak dan keluarga kami tidak semakin menderita,” kata jirannya itu. Mendengar cerita itu, isteri tukang kasut itu pulang dan menceritakannya kepada suaminya. Si tukang kasut itu tanpa banyak bicara segera membuka tabungan haji yang dikumpulkannya selama 30 tahun dan dibawa ke rumah jirannya itu.

“Wahai jiran yang baik, ambillah semua wang ini untuk keperluan makan kamu dan keluargamu, inilah haji kami”, kata tukang kasut itu. 

Perbuatan mulia tukang kasut itulah yang masuk dalam mimpi orang alim terkenal, Abdullah bin al-Mubaarak sebagai memberitahu haji mabrur yang diperolehinya walaupun dia belum lagi pergi ke Makkah. 

Kisah di atas, menceritakan betapa hati yang mulia dan baik selalu mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Hati yang baik menghantarkan kepada pemiliknya kepada perbuatan yang baik dan terpuji. Hati yang baik mendatangkan pahala dan kurnia Allah tidak hanya untuk si pemiliknya, namun untuk seluruh umat manusia. Benarlah kata Rasulullah “Sesungguhnya dalam jasad ada segumpal darah, kalau itu baik, maka baiklah seluruh anggota tubuh”. Hati yang baik itulah yang melahirkan keprihatinan luar biasa. Tidak hanya mementingkan diri sendiri, malah cerita ini menunjukkan mengutamakan mereka yang sangat memerlukan pertolongan pasti mendapat ganjaran pahala yang amat luar biasa sekali daripada Allah. Bayangkan tukang kasut yang tidak pergi ke Makkah sekalipun tetapi mendapat pahala haji mabrur. Itulah ganjaran keprihatinan.

Artikel ini dicopy-paste dari Harian Metro.

Wednesday, December 14, 2011

Personal : Apa kesudahan PRU 13?



Gendang sudah dipalu. Bilalah Haji Najib nak umum tarikh pilihanraya ni? Haha. Tapi entri kali ni aku bukan nak bercakap pasal PRU sangat tetapi kesan keputusan PRU terhadap bursa saham. Biasanya bila nak dekat pilihan raya, harga saham akan naik mendadak. Agensi-agensi kerajaan seperti KWSP yang mempunyai dana hampir RM400 billion akan membeli saham secara pukal dan pelabur asing turut tak ketinggalan. Usaha 'menaikkan' indeks komposit boleh dilihat sebelum PRU12 yang mana indeks komposit mencecah paras tertinggi. Kenapa kenaikan indeks komposit penting?

Satu jawapan yang agak senang dijawab. Kerajaan mahu 'memberitahu' rakyat bahawa ekonomi dalam keadaan terbaik ketika PRU. Modal yang sering digunakan dalam mana-mana pilihanraya. Sekarang pun indeks komposit hanya 130 mata dari paras tertinggi pada 1592 mata. Masa terbaik untuk beli saham. Projek-projek last minute yang diraih syarikat milik langsung individu-individu tertentu mencurah-curah datang terutama apabila parlimen sudah dibubarkan. Sungguh tidak beretika kerana apabila parlimen dibubarkan kerajaan yang ada hanyalah kerajaan sementara.

PRU12 menyaksikan kejatuhan terbesar indeks komposit dalam sedekad. Apabila sesi dagangan dibuka pada hari isnin, 10 Mac 2008, indeks komposit menjunam 130.01 mata  dari paras 1296.33 sebelumnya menyebabkan bursa saham digantung selama sejam dari pukul 2.58 hingga 3.58 petang. Ramai yang rugi besar, sehingga ada muflis. Puncanya kerana pelabur hilang kepercayaan terhadap kerajaan kerana gagal memperolehi majoriti 2/3. Maklumat lanjut boleh lihat di sini

Nota kaki: Rasanya kali ni jatuh lagi banyak. Haha




Personal: Dunia sekarang..


Mungkin dah ramai yang baca akhbar hari ni tentang kisah pelakon popular, Fizo Omar yang kini diburu pihak bank kerana pinjaman RM2 juta. Kawan makan kawan. Pernah dengar tak peribahasa tidur sebantal, mimpi lain-lain?  Kawan kamcing macam mana pun, tetap manusia. Adat manusia kerana wang, suami isteri berceria berai, kawan menjadi lawan, adik beradik bergaduh besar.

Kisah Fizo ni sebijik macam kisah seorang pegawai daerah (DO) di Kedah. Nak tau nama sendiri mau google la. Hehe. DO ni dulunya seorang Datuk dan disegani ramai. Masa bertugas ramailah yang menjadi kawan disebabkan harta yang yang melimpah ruah. Rumah tak usah la nak cerita. Dikurniakan pula keluarga yang bahagia.

Tapi kisah sedih bermula bila DO ni bersara. Sorang tauke Cina telah menawarkan peluang untuk menjadikan DO ni sebagai rakan kongsi syarikatnya. Ye la bila dah bersara punca pendapatan hanyalah dari pencen, so DO ni bersetuju nak jadi rakan kongsi dan kemudian dilantik ahli lembaga pengarah. Dapatlah gaji dan elaun setanding waktu kerja sebagai DO dulu.   Tauke Cina tu memang licik kerana membuat pinjaman RM40 juta (kalau tak silap) dengan dijamin oleh bekas DO tersebut. 

Rasanya ending cerita dah tahu kan. Tauke tu songlap duit, bank pulak dah ikat kaki tangan. Akhirnya bekas DO tu muflis. Harta dirampas, keluarga pula porak peranda. Moral of the story, letakkan kepercayaan anda kepada Allah, selain ibu bapa. Yang lain kena fikir dua kali. Pernah tidur sebantal pun, mimpi tetap lain-lain. =) 

Monday, December 12, 2011

Sharing: Nails in a fence




There once was a little boy who had a bad temper. his father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence. The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the boy did not lose his temper at all.

He told his father and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper. The day passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone.

The father took his son by the hand and led him to the fence. He said, ' You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out, but It would matter how many times you say I'm sorry, the wound will still be there. A verbal wound is as bad as physical one..

Remember that friends are very rare jewels indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share words of praise and they always want to open their hearts to us.

YOU ARE MY FRIEND AND I AM HONOURED..Please forgive me if I have ever left a 'hole' in your fence. =)




Credit to Facebook.

Sunday, December 11, 2011

Personal: Gerhana Bulan


Subhanallah. Semalam berlaku lagi fenomena gerhana bulan bermula pada sekitar 7.31 malam. Gerhana bulan berlaku akibat bulan melintasi bayangan bumi menyebabkan keadaan gelap pada waktu kemuncak (bulan telah berada dalam bayang bumi sepenuhnya). Pada waktu ini jugak bulan berada agak dekat dengan bumi menyebabkan tarikan graviti bulan menarik cecair yang ada di bumi. 


Telur-telur berdiri ketika gerhana bulan berlaku disebabkan telur putih yang kurang tumpat berbanding telur kuning 'ditarik' oleh graviti bulan. Ada juga yang mengatakan penghidap darah tinggi perlu berjaga-jaga ketika gerhana bulan kerana darah akan berkumpul di kepala kerana faktor yang sama. Mungkin ada kebenarannya.

Nota Kaki: Telur tiruan dari China boleh berdiri jugak ke? hehe. 

Thursday, December 8, 2011

Personal : Menarik



Diringkaskan cerita, semalam entah macam mana terbukak cerita The Event kat TV2. Cerita ni mengenai konspirasi makhluk asing yang berada dalam kalangan manusia. Tapi apa yang menarik bukan pasal makhluk asing sangat tapi pasal pelakon Presidennya yang berkulit tidak cerah. Bukan hitam metalik tapi tak cerah ye. Haha. 

Sebelum ni, banyak cerita dari Amerika Syarikat seperti The West Wing yang memaparkan Presiden US dari kalangan orang berkulit putih. Tapi nampaknya kali ni mereka memakai khidmat pelakon berkulit tidak putih. Di Malaysia rasanya belum pernah ada penerbit filem atau drama yang memaparkan cerita yang berkisar tentang Perdana Menteri. Filem dari Amerika Syarikat sering memaparkan propaganda Presiden US yang digambarkan sebagai 'pemimpin dunia'. Pemimpin dari negara lain akan tunduk kepada Presiden US. Sekiranya melibatkan peperangan pula US akan memenangi peperangan tetapi tidak sebelum mengalami penderitaan akibat penyeksaan dari tentera negara lain yang terutama dari Soviet Union.

Nota Kaki: Rakyat US menukar Presiden mereka dari berkulit kepada yang bukan berkulit putih. Di Malaysia? =)

Wednesday, November 30, 2011

Personal : Tanda-tanda


Gambar Ehsan http://zamankini.wordpress.com

Biasanya Perdana Menteri akan bagi hint sekiranya Pilihan Raya akan diadakan pada masa terdekat. Berdasarkan pengalaman tahun 2008, saya merumuskan bahawa Pilihanraya akan diadakan pada hujung 2011 dan berkemungkinan besar sekali pada awal tahun 2012. Kalau korang perasan setiap kali pilihanraya, Timbalan Perdana Menteri akan ditugaskan untuk turun di setiap negeri dan Perdana Menteri akan menyusul tetapi hanya di lokasi-lokasi ‘panas’ seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, dan Pulau Pinang. Seingat aku, sebelum pilihanraya yang lepas, Datuk Seri Haji Najib (waktu tu Timbalan Perdana Menteri) turun ke Kelantan 2 kali! Kali ni pun sama sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan turun padang ke Kelantan setelah melawat beberapa negeri lain.

Desas-desus pilihanraya juga bertiup kencang apabila pemberian bantuan wang RM100 untuk pelajar dipercepatkan. Walaupun kerajaan mempunyai masa sehingga hujung Disember bagi memberi wang sempena persekolahan yang hanya akan dibuka semula pada bulan Januari, langkah ini dilihat cubaan mereka memenangi hati ibu bapa. Ye la, ibu bapa dijemput hadir ke sekolah untuk menerima wang RM100 yang mungkin menyebabkan sesetengah daripada mereka ‘terhutang budi’. Saya berpendapat pemberian wang RM100 wajar dijadikan acara tahunan kerana sedikit-sebanyak dapat membantu ibu bapa terutamanya yang berpendapatan rendah, bukan sekadar untuk memenangi undi.

Petanda lain ialah jemaah haji sudah beransur-ansur pulang sejak 2 minggu lepas. Kehadiran mereka seramai lebih kurang 28000 orang dialu-alukan kerana sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi. Lain pula di dada-dada akhbar apabila isu-isu berkaitan rakyat di sesetengah negeri yang yang tidak dikuasai mereka dibangkitkan. Setakat ini isu bekalan air dibangkitkan, kalau 2008 dahulu isu infrastruktur jalan raya dimainkan. Biasanya juga lepas ni ada isu ‘penghijrahan’ ahli parti politik dari parti politik yang lain.

Banyak lagi tanda-tanda lain, cumanya pilihanraya tidak akan diadakan selagi Perhimpunan Agung umno dan banjir di Pantai Timur reda. Kita tunggu dan lihat.

Nota Kaki: Tak sabar nak mengundi pertama kali. Haha

Thursday, November 17, 2011

Personal : PLUS ++

It was two weeks ago that the joint offerors for privatizing PLUS Expressway Bhd. have agreed to waive the Rm2.9 billion compensation from the government. A toll-freeze rate starting this year until 2015, will save another Rm3.6 billion for the taxpayer money. I would like to use the term 'taxpayer money' because after all the government is only the custodian of the money.  

Under the revised toll concession agreements, the five-year toll freeze as announced by Prime Minister, Datuk Seri Hj. Najib Razak would be implemented on four expressways which are the North South Expressway (NSE), NSE Central Link (Elite), Malaysia-Singapore Second Crossing (Linkedua) and Butterworth-Kulim Ekspressway (BKE) until 2015.

Beginning 2016, the toll rate increase under the new structure would be fixed at 5% for every three years on the four expressway. This compares with the current structure of a 10% hike every three years for NSE and Elite, 25% every five years for Linkedua, and 15% every three years.


Source taken from The Star, 17th November 2011.

Under the new structure, UEM Group and EPF said all concessions would expire on Dec 31, 2038, with no further extension. As such, the concession periods for Elite (which is supposed to end on May 31, 2030), BKE (June 27, 2026) and Penang Bridge (Dec 31, 2021) would be extended to align with the new arrangements. 


The deal was structured that way to make the deal 'bankable'.  Personally, I do not really agree with the extension of concession since road users have to pay on longer term. Current concession holders are tightly held by their bond commitment, which were used to finance the construction of highways. Beyond the concession expiry date, they have no longer to service the bond and the highway rates must come down. It is ridiculous to charge the highway users with the rate at the end of 2038, since they no longer to service the bond. =)

Foot Note: This article is only the personal opinion of the writer only. Cannot be taken as sugesstion or persuasion.       

Tuesday, November 15, 2011

Personal : Cerita Emas


Terdapat pelbagai cara untuk menggandakan kekayaan. Kalau dulu ramai yang melabur di bursa saham sebagai cara untuk menambah kekayaan. Tapi ramai yang merana dari yang membuat untung kerana turun naik pasaran saham yang tidak stabil. Menjelang 2007 ramai yang beralih kepada komoditi seperti tanaman getah dan sawit, seterusnya logam seperti timah dan emas. Kenaikan mendadak emas sejak awal 2009 sehingga mencecah USD1900 satu gram pada tahun ini, menyaksikan ramai pelabur baru emas membeli emas tulen 24 karat (999.9) dalam bentuk jongkong 10, 20, 50, 100 atau 1000 gram. 

Kelebihan membeli emas dalam bentuk jongkong adalah caj upah yang minimum dan juga margin jual beli yang rendah. Kalau dulu ramai yang membeli barang kemas emas 916, yang telah dicampur logam lain sebagai pelaburan, tetapi sekiranya nak dijual balik harganya ditolak lebih kurang 25 peratus. Setakat yang saya tahu ada dua syarikat yang Public Gold Marketing Sdn. Bhd. dan Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh bumiputera Islam.

Pembelian emas memang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Sebab apa pelaburan emas menguntungkan? Tak lain tak bukan kerana inflasi. Semakin banyak wang dicetak oleh bank negara menyebabkan nilainya jatuh. Jika hari ini emas 100gm bernilai lebih kurang RM20000, 10 tahun akan datang mungkin RM100000 diperlukan untuk membeli emas pada berat yang sama.

Bercakap pasal wang, dahulu ketika zaman Bretton Woods selepas perang dunia ke-2, duit kertas disandarkan kepada berapa banyak simpanan emas yang disimpan oleh negara tersebut. Tetapi pada 15 Ogos 1971, sistem ini dimansuhkan dan duit kertas disandarkan kepada US dollar. US Dollar tidak disandarkan kepada apa-apa kecuali janji-janji manis Federal Govenrmnet (Fed). Percaya atau tidak pada tahun 80an dulu RM1 hampir bersamaan 1 Pound sterling. Tapi sekarang nilai ringgit dah susut banyak disebabkan sistem yang tak adil ni.

Namun berbeza dengan emas. 1 dinar emas adalah sama dengan 1 dinar emas walau di mana jua kita berada. Harga seekor kambing adalah 1 dinar di mana-mana jua dari dahulu sampai sekarang. 

Minat yang meningkat terhadap pelaburan emas nampaknya cuba diekplotasi oleh sesetengah pihak. Terbaru, ada skim 30:70 yang ditawarkan kepada pelabur emas. Pelabur hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak 30 peratus dan 70 peratus lagi dibayar oleh hasil cagaran sebanyak 70 peratus di Ar-Rahnu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. Pendapat saya sekiranya tidak mampu untuk membeli emas, jangan paksa diri untuk berhutang kerana  70 peratus tu tetap kena dibayar sebelum emas boleh ditebus dari Ar-Rahnu. Satu alternatif lagi beli emas pada berat yang lebih rendah contohnya beli pada berat 10gram berbanding beli yang 100gram. Anda tidak berhutang dan memiliki 100 peratus emas yang dibeli. Usahlah tertipu dengan skim licik macam ni. Sila baca sini dan sini dan buat penilaian.

Nota Kaki: Pandangan peribadi yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak. Haha