Thursday, December 8, 2011

Personal : Menarik



Diringkaskan cerita, semalam entah macam mana terbukak cerita The Event kat TV2. Cerita ni mengenai konspirasi makhluk asing yang berada dalam kalangan manusia. Tapi apa yang menarik bukan pasal makhluk asing sangat tapi pasal pelakon Presidennya yang berkulit tidak cerah. Bukan hitam metalik tapi tak cerah ye. Haha. 

Sebelum ni, banyak cerita dari Amerika Syarikat seperti The West Wing yang memaparkan Presiden US dari kalangan orang berkulit putih. Tapi nampaknya kali ni mereka memakai khidmat pelakon berkulit tidak putih. Di Malaysia rasanya belum pernah ada penerbit filem atau drama yang memaparkan cerita yang berkisar tentang Perdana Menteri. Filem dari Amerika Syarikat sering memaparkan propaganda Presiden US yang digambarkan sebagai 'pemimpin dunia'. Pemimpin dari negara lain akan tunduk kepada Presiden US. Sekiranya melibatkan peperangan pula US akan memenangi peperangan tetapi tidak sebelum mengalami penderitaan akibat penyeksaan dari tentera negara lain yang terutama dari Soviet Union.

Nota Kaki: Rakyat US menukar Presiden mereka dari berkulit kepada yang bukan berkulit putih. Di Malaysia? =)

No comments:

Post a Comment