Tuesday, October 11, 2011

Personal : Lebuhraya Central Spine

Mungkin ramai yang tidak sedar dalam bajet 2012, ada disebut bahawa beberapa lebuhraya baru akan dibina. Antara yang disebut adalah Lebuhraya Central Spine yang meliputi Bentong (Pahang) ke Gua Musang (Kelantan). Projek lebuhraya ini telah dirancang sejak tahun 90an lagi tetapi disebabkan kekangan politik, projek ini ditangguhkan. Seringkali menjadi dijadikan modal oleh government of the day untuk merampas negeri yang berada nun jauh di utara pantai timur.

Kalau dilihat negara kita telah mempunyai lebuhraya strategik (lihat peta) seperti PLUS yang meliputi dari Johor Bharu hingga Bukit Kayu Hitam di Kedah, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai  Timur Fasa 1. (Karak-Kuantan). LPT Fasa 2 dari Jerangau ke Kuala Terengganu dijangka siap pada Jun 2012. Cuba teka apa yang tertinggal?

Jawapan yang senang, semua jalan yang menghala ke Kelantan masih tertangguh dan dalam peringkat kajian. Selain Central Spine, Lebuhraya fasa 3 yang merangkumi dari Kuala Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor masih tertangguh sampai sekarang. Apa yang dikesalkan fasa 4 LPT yang akan merangkumi Mersing ke Kuantan akan dibina dahulu. 

Sumber dari laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jaringan lebuhraya yang dibina bukan sahaja akan memberi limpahan kepada negeri-negeri yang berada di jajarannya, malahan juga dapat mengurangkan kadar kemalangan. Lihat sahaja lebuhraya PLUS yang memberi limpahan ekonomi kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Johor Bharu. Kadar kemalangan pun sedikit jika dibandingkan.

Cuba anda bayangkan penderitaan pengguna jalan raya persekutuan dari bentong ke Gua Musang. 7 jam perjalanan yang amat menyeksakan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah:

1) Jalan satu lorong yang perlu dinaik taraf kepada sekurang-kurangnya 2 lorong. Jalan 2 lorong membolehkan pemandu memotong kenderaan lain dengan selamat.
2) Jalan perlu diselenggara dengan lebih kerap kerana kenderaan berat sering mengggunakan jalan tersebut menyebabkan kerosakan pada struktur jalan.
3) Lampu jalan sepanjang jalan mesti menjadi mandatori dalam setiap pelan pembangunan lebuhraya dan jalan baru untuk mengurangkan kadar kemalangan.


Bukan sedikit nyawa yang telah terkorban di laluan maut Bentong Gua-Musang. Angka korban terus meningkat terutama di musim perayaan. Usaha Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hanya sia-sia jika kerajaan sendiri tidak mengambil langkah membina Lebuhraya Central Spine. Berapa ramai korban lagi yang diperlukan sehingga lebuhraya ini akan dibina. Para pemimpin terutama Perdana Menteri tak perlulah naik helikopter, kapal terbang nak pergi rasmi program di kelantan. Naik kereta, pandu sendiri sepanjang jalan raya. Barulah pemimpin berjiwa rakyat. 

Nota kaki: Perjalanan 7 jam dari KL ke Perlis tak terasa sebab ada PLUS..Fikir-fikirkanlah.







No comments:

Post a Comment