Akhir-akhir ni timbul gejala tak sihat kakitangan awam yang berpangkat besar. Hari ni bersara esok dah bagi jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bukanlah tak boleh tetapi orang yang dah lama dalam GLC mesti nak merasa naik pangkat. Samalah dengan jabatan kerajaan pun. Takde ke orang ke dalam GLC yang lebih layak untuk pegang jawatan tersebut???
Yang pangkat kecik-kecik melopong je tengok boss diaorang berpindah dari satu kerusi empuk kepada kerusi empuk yang lain. Dahla kena kerja teruk-teruk sampai umur 60 tahun, sekarang pegawai-pegawai baru pun diambil secara kontrak je. Kadang-kadang terfikir Presiden CUEPACS ni nak kerja smpai akhir hayat ke? Ramai yang tak mahu umur persaraan dilanjutkan ke 60 tapi sekarang benda dah jadi.
Nota Kaki: Presiden, CIO GLC terbesar negara kini diisi oleh kakitangan awam. Untunglah~
No comments:
Post a Comment