Gendang sudah dipalu. Bilalah Haji Najib nak umum tarikh pilihanraya ni? Haha. Tapi entri kali ni aku bukan nak bercakap pasal PRU sangat tetapi kesan keputusan PRU terhadap bursa saham. Biasanya bila nak dekat pilihan raya, harga saham akan naik mendadak. Agensi-agensi kerajaan seperti KWSP yang mempunyai dana hampir RM400 billion akan membeli saham secara pukal dan pelabur asing turut tak ketinggalan. Usaha 'menaikkan' indeks komposit boleh dilihat sebelum PRU12 yang mana indeks komposit mencecah paras tertinggi. Kenapa kenaikan indeks komposit penting?
Satu jawapan yang agak senang dijawab. Kerajaan mahu 'memberitahu' rakyat bahawa ekonomi dalam keadaan terbaik ketika PRU. Modal yang sering digunakan dalam mana-mana pilihanraya. Sekarang pun indeks komposit hanya 130 mata dari paras tertinggi pada 1592 mata. Masa terbaik untuk beli saham. Projek-projek last minute yang diraih syarikat milik langsung individu-individu tertentu mencurah-curah datang terutama apabila parlimen sudah dibubarkan. Sungguh tidak beretika kerana apabila parlimen dibubarkan kerajaan yang ada hanyalah kerajaan sementara.
PRU12 menyaksikan kejatuhan terbesar indeks komposit dalam sedekad. Apabila sesi dagangan dibuka pada hari isnin, 10 Mac 2008, indeks komposit menjunam 130.01 mata dari paras 1296.33 sebelumnya menyebabkan bursa saham digantung selama sejam dari pukul 2.58 hingga 3.58 petang. Ramai yang rugi besar, sehingga ada muflis. Puncanya kerana pelabur hilang kepercayaan terhadap kerajaan kerana gagal memperolehi majoriti 2/3. Maklumat lanjut boleh lihat di sini.
Nota kaki: Rasanya kali ni jatuh lagi banyak. Haha
No comments:
Post a Comment