Wednesday, December 14, 2011

Personal: Dunia sekarang..


Mungkin dah ramai yang baca akhbar hari ni tentang kisah pelakon popular, Fizo Omar yang kini diburu pihak bank kerana pinjaman RM2 juta. Kawan makan kawan. Pernah dengar tak peribahasa tidur sebantal, mimpi lain-lain?  Kawan kamcing macam mana pun, tetap manusia. Adat manusia kerana wang, suami isteri berceria berai, kawan menjadi lawan, adik beradik bergaduh besar.

Kisah Fizo ni sebijik macam kisah seorang pegawai daerah (DO) di Kedah. Nak tau nama sendiri mau google la. Hehe. DO ni dulunya seorang Datuk dan disegani ramai. Masa bertugas ramailah yang menjadi kawan disebabkan harta yang yang melimpah ruah. Rumah tak usah la nak cerita. Dikurniakan pula keluarga yang bahagia.

Tapi kisah sedih bermula bila DO ni bersara. Sorang tauke Cina telah menawarkan peluang untuk menjadikan DO ni sebagai rakan kongsi syarikatnya. Ye la bila dah bersara punca pendapatan hanyalah dari pencen, so DO ni bersetuju nak jadi rakan kongsi dan kemudian dilantik ahli lembaga pengarah. Dapatlah gaji dan elaun setanding waktu kerja sebagai DO dulu.   Tauke Cina tu memang licik kerana membuat pinjaman RM40 juta (kalau tak silap) dengan dijamin oleh bekas DO tersebut. 

Rasanya ending cerita dah tahu kan. Tauke tu songlap duit, bank pulak dah ikat kaki tangan. Akhirnya bekas DO tu muflis. Harta dirampas, keluarga pula porak peranda. Moral of the story, letakkan kepercayaan anda kepada Allah, selain ibu bapa. Yang lain kena fikir dua kali. Pernah tidur sebantal pun, mimpi tetap lain-lain. =) 

No comments:

Post a Comment