Wednesday, January 4, 2012

Personal : 2012


Tahun 2012. Umur meningkat setahun lagi. Baru semalam rasanya sweet 17, haha. Tahun ni dah masuk 22 tahun. Lagi setahun nak graduate. Tahun 2012 ni awal-awal dah bagi kejutan dari cerita pelajar UPSI sampailah pendedahan terbaru, kejutan budaya pelajar Malaysia di luar negara. Masih teringat lagi waktu Nur Amalina Che Bakri yang diumumkan pelajar terbaik   dengan keputusan 17A1. Meremang bulu roma bila mendengar dapat keputusan macam tu.  Kejayaan Amalina menjadi inspirasi kepada calon SPM lepas tu. Siri ceramah dan buku dipasarkan. Amalina menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University of Edinburgh. Bukan sedikit yang terkejut dengan perubahan Amalina dari imej bersih bertudung kepada yang terdedah sana-sini. Bukanlah untuk menilai tetapi ramai dah yang terkena kejutan budaya. Jati diri Islam yang lebih utama berbanding jati diri Melayu. Waktu aku ditawarkan ke Australia dulu pun pernah terfikir hal ni. Minta dijauhkan benda-benda tak elok ni. Berita lanjut boleh lihat di sini.

Berbeza dengan Amalina, aku kagum dengan Siti Fatimah Mukhtar. Amalina dan Fatimah kedua-duanya anak kelahiran Kelantan, tetapi yang membezakan mungkin jati diri Islam. Dua -dua sama pandai dan mengambil jurusan perubatan tetapi rasanya lebih sesuai dengan mencontohi Fatimah. Berita lanjut boleh lihat di sini.

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua agar terus berada di jalannya. Kita mungkin bercakap mengenai Amalina tapi siapa dapat meramal masa hadapannya?

2 comments:

  1. that's right bro, aku spendapat ngan ko. Bila Islam tu kuat dalam diri kita, nescaya byk bende mazmumah boleh kita hindar. Kene berpegang teguh dgn tali-Nya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Sama-sama kita berdoa agar Amalina kembal ke pangkal jalan.

    ReplyDelete