Sunday, November 13, 2011

Personal: Cerita ETP..lol



Kalau Perdana Menteri kita, DS Hj. Najib Tun Razak mengumumkan inisiatif projek ETPnye, aku pun nak mengumumkan inisiatif projek sendiri yang akan dikenali Projek Orang umum sebagai Projek Sendiri (POPS). POPS ni seakan-akan konsep Economic Trasfromation Plan Hj. Najib (ETP) tapi mengikut takrifan aku sendiri.  Haha, sebelum tu jangan lupa DS Hj. Najib dah pergi haji, oleh itu kita panggilah dengan gelaran baik-baik iaitu Haji Najib.

Dalam projek POPs ni, antara inisiatif yang akan dilakukan, iaitu:

"Projek membina kolam ikan berharga RM25000 sebagai modal permulaan dan pembinaan infrastruktur. Projek ini dijangka memberi pulangan sebanyak RM 20 juta dalam masa seratus tahun. Haha. Peluang pekerjaan yang akan diwujudkan sebanyak 2000 peluang pekerjaan."

Cuba bandingkan POPS dan ETP. Apa bezanya?

Haha. Bagi aku, ETP memang patut dipanggil POPS. Apalah faedahnya nak buat pengumuman di dada-dada akhbar, di televisyen pasal projek swasta, sedangkan projek kerajaan tiada? Mungkin ada yang kata ETP adalah inisiatif swasta dan GTP pula untuk inisiatif kerajaan, tapi lantaklah pandai-pandailah korang fikir sendiri deh. Hehe

Oh ya, kalau tengok inisiatif kat dalam POPS tu, ada disebut bahawa pulangan RM20 juta dalam masa seratus tahun. Sarkastik tu, saje ikut gaya pengumuman Hj Najib. Haha. Dulu di Pahang, Hj. Najib pernah mengumumkan pembukaan ladang buah-buahan yang dijangka memberi pulangan RM 1 billion dalam masa 25 tahun. Besar jumlah tu boleh beli banyak cincin permata sebab dah kira siap-siap untuk 25 tahun, kalau setahun baru RM 40 juta . Tapi masuk tahun kedua projek tu katanya dah lingkup. Lain kali umum selepas mendapat pulangan bukan macam angan-angan Mat Jenin. Haha. Satu lagi pasal peluang pekerjaan. Memanglah peluang pekerjaan diwujudkan, tapi last-last pendatang asing juga yang diambil sebagai pekerja. Haha

Nota Kaki: Semoga semua jemah haji mendapat haji mabrur termasuklah Hj. Najib Tun Razak dan Hajah Rosmah Mansur. =)



No comments:

Post a Comment