Tuesday, November 15, 2011

Personal : Cerita Emas


Terdapat pelbagai cara untuk menggandakan kekayaan. Kalau dulu ramai yang melabur di bursa saham sebagai cara untuk menambah kekayaan. Tapi ramai yang merana dari yang membuat untung kerana turun naik pasaran saham yang tidak stabil. Menjelang 2007 ramai yang beralih kepada komoditi seperti tanaman getah dan sawit, seterusnya logam seperti timah dan emas. Kenaikan mendadak emas sejak awal 2009 sehingga mencecah USD1900 satu gram pada tahun ini, menyaksikan ramai pelabur baru emas membeli emas tulen 24 karat (999.9) dalam bentuk jongkong 10, 20, 50, 100 atau 1000 gram. 

Kelebihan membeli emas dalam bentuk jongkong adalah caj upah yang minimum dan juga margin jual beli yang rendah. Kalau dulu ramai yang membeli barang kemas emas 916, yang telah dicampur logam lain sebagai pelaburan, tetapi sekiranya nak dijual balik harganya ditolak lebih kurang 25 peratus. Setakat yang saya tahu ada dua syarikat yang Public Gold Marketing Sdn. Bhd. dan Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh bumiputera Islam.

Pembelian emas memang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Sebab apa pelaburan emas menguntungkan? Tak lain tak bukan kerana inflasi. Semakin banyak wang dicetak oleh bank negara menyebabkan nilainya jatuh. Jika hari ini emas 100gm bernilai lebih kurang RM20000, 10 tahun akan datang mungkin RM100000 diperlukan untuk membeli emas pada berat yang sama.

Bercakap pasal wang, dahulu ketika zaman Bretton Woods selepas perang dunia ke-2, duit kertas disandarkan kepada berapa banyak simpanan emas yang disimpan oleh negara tersebut. Tetapi pada 15 Ogos 1971, sistem ini dimansuhkan dan duit kertas disandarkan kepada US dollar. US Dollar tidak disandarkan kepada apa-apa kecuali janji-janji manis Federal Govenrmnet (Fed). Percaya atau tidak pada tahun 80an dulu RM1 hampir bersamaan 1 Pound sterling. Tapi sekarang nilai ringgit dah susut banyak disebabkan sistem yang tak adil ni.

Namun berbeza dengan emas. 1 dinar emas adalah sama dengan 1 dinar emas walau di mana jua kita berada. Harga seekor kambing adalah 1 dinar di mana-mana jua dari dahulu sampai sekarang. 

Minat yang meningkat terhadap pelaburan emas nampaknya cuba diekplotasi oleh sesetengah pihak. Terbaru, ada skim 30:70 yang ditawarkan kepada pelabur emas. Pelabur hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak 30 peratus dan 70 peratus lagi dibayar oleh hasil cagaran sebanyak 70 peratus di Ar-Rahnu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. Pendapat saya sekiranya tidak mampu untuk membeli emas, jangan paksa diri untuk berhutang kerana  70 peratus tu tetap kena dibayar sebelum emas boleh ditebus dari Ar-Rahnu. Satu alternatif lagi beli emas pada berat yang lebih rendah contohnya beli pada berat 10gram berbanding beli yang 100gram. Anda tidak berhutang dan memiliki 100 peratus emas yang dibeli. Usahlah tertipu dengan skim licik macam ni. Sila baca sini dan sini dan buat penilaian.

Nota Kaki: Pandangan peribadi yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak. Haha

No comments:

Post a Comment