Thursday, July 30, 2009

Universal : Berita Hangat!!

Khamis, 30Julai 2009 - UuTeePee masih bertahan walaupun U-U laen dilanda ribut cuti..Walaupun angin H1N1 bertiup kencang, UuTeePee masih utuh bertahan kerana memakai atap cap strong untuk memayungi pesakit@student yang telah dikuarantin. Menurut laporan berita dari klinik dan khabar-khabar angin, seramai 6 orang pelajar telah disahkan positif dan dikuarantin bagi mengelakkan penyebaran wabak.

Dengan mewajibkan pemakaian topeng-topeng ninja, keadaan dijangka akan pulih dalam masa terdekat. -Tak Bernama-

Friday, July 24, 2009

IT & Teknologi : Cahaya..

Baru-baru ni waktu tengah boring giler ak pun browse ler Yahoo! News..Then aku jumpa ler satu artikel ni yang aku kira agak menarik jugak la..Kalau korang rajin browse mende ni mesti jumpa banyak kajian yang dikeluarkan oleh saintis..

Sekumpulan di Amerika (kalau tak silap) ada buat kajian pasal tubuh badan manusia..Melalui kajian diaorang, badan manusia mengeluarkan cahaya..Kajian tu dilakukan dalam bilik gelap dan seramai 20 orang pemuda berusia 18 sehingga 53 tahun dijeput dalam kajian tu. Bila diteliti dala, gelap badan manusia mengeluarkan cahaya paling malap sekitar jam 10 pagi dan paling terang pukul 3-4 petang camtu..Diaorang kaitkan dengan aktiviti manusia..Ye la bila kita makan, makanan tu akan menghasilkan tenaga dan tenaga ini harus diguna/dilepaskan..So diaorang bagitau mungkin kehadiran cahaya ini boleh digunakan untuk mengukur tahap kesihatan seseorang..

Kesihatan : H!N!

Assalamualaikum..
Setelah hari beranti minggu, minggu berganti bulan sedar tak sedar H1N1 dah lebih sebulan lebih menapak di negara kita. Walaupun tak terasa sangat kesan die, aku nasihatkan kita semua supaya berjaga-jaga selalu. Khabarnya ada sorang mamat dari Indonesia yang meninggal di negara kita disyaki H1N1(Tak disahkan lagi kerana siasatan masih dijalankan).

Dua tiga hari ni, banyak U dah ditutup antaranya UiTM. Walaupun UTP masih bertahan, tapi rasanyer payah gak sebab penyakit ni mudah tersebar..
So, jage diri korang baik-baik..Jangan jadi cam aku yang dah mula selesema..Ish takutnyer..
Sori r kalau korang ajak makan aku tak ikut..bukan aper..takut jangkit jer..Tu jer..

Personal : First week in UG..

It was a very hectic week after officially being an undergradute student. There was so many registration that I need to do with, and of course without any help from my friends I won't survive in this. As early as the first minute we had checked into respective room, my friends and I were busy to choose the best tutorials and labs that suits well with our SLEEPING TIME..Luckily, as far as I concerned, we managed to obtain the intended class.. With 50 students, well you know, Civil Engineering students make up the least among all students in our batch..and the trends continues towards new intakes in July 2009..
After all, our existence will be diminish from the sight of UTP members..so sad..
Anyway it is easy to choose the tutorials as the number of students is small, the lecturers prefer to make it in one class instead two or three..Thus we are not seperated from each other..
I have passed this week and eager to wait what will come out next..
Till then stay tune with me..

Personal : Sajak kenangan foundation

Hari-hari indah telah berlalu..
Suka dan duka semalam aku tinggalkan..
Perih jerih penat lelah ku sandarkan..
Pada usaha yang tidak setara..
Namun..
Ku bersyukur pada yang Esa..
Menunjukkan jalan pada hamba yang hina..
Hari esok pasti mendatang..
walau tanpa ku undang sayang..
Meniti jalan-jalan berliku..
Batuan yang jauh beribu..
Namun ku gagahkan jua hatiku..
Demi bangsa agama dan negara yang tercinta..

Thursday, July 23, 2009

Personal : Pasal result..

Aiseh..result exam..lepas cuti 7 minggu, tibalah saat-saat yang ditunggu. Ada yang kata 9hb 7, ada yang kata 10hb 7..last-last result keluar 12hb 7..

Yang tak bestnya dua tiga hari sebelum keluar result tu, aku dapat mimpi. Cam biasa la kalau dah gementar, cuak, gabra dapatlah mimpi pelik-pelik. Ni semua kes tak study betul-betul la sebelum exam..Bahaya wo.. dalam mimpi aku tu, aku kena CM kot!!..minta dijauhkan.....

Hari keluar result tu, kawan aku telefon pukul 2.30 pagi!! Aku dengan malasnyer angkat telefon. Tapi demi result aku sanggup!! Dengan sambungan dial-up yang banyak berjasa tu lah aku cuba nak cek result..hampeh..tak jumpa pun link result dalam academic info seperti yang digembar-gemburkan (ayat skema) oleh pihak UTP..Ceitt!! Tipu la..Aku pun sambung tidur dengan hati yang tak tenang memikirkan result..

Bangun pagi jer, tanpa gosok gigi dan cuci muka, aku tanpa berlengah sikit pun segera mencapai talian dial-up..Opss..lupa ayah ak dah langgan broadband 3.5G Celcom sehari sebelum tu..Ape lagi..Ak cek jer la..

Aiseh ada orang call, katanya orang RCSU..aku dituduh tak hantar kunci..ceyh walaupun geram aku tetap slow talk dengan diaorang pasal kunci bilik tu..Fuh nasib baik takde pe2..(selingan jer, ak saje je tulis bagi korang baca):-)

Alhamdullilah berjaya gak aku dapat result yang ok. Kalau tak dapat syarahan percuma dari mak dan ayah aku..GPA 3.65, 1st sem GPA 3.76..campur tolak darab bahagi integrate differentiate dapatlah CGPA 3.71..Lega sket nak masuk undergradute..

Apa-apa hal pun foundation dah lepas..Tak guna result gempak pun kalau UG tak score..Yang dah lepas tu biarlah lepas yang penting masa depan..

Stay tune K..