Sunday, October 30, 2011

Sukan: Tahniah Kepada Negeri Sembilan!!


Dah terjawab siapa juara Piala Malaysia. Mungkin pengalaman menjadi kayu pengukur kepada kemenangan skuad Hobin Jang Hobin. Walaupun ramai yang menyalahkan Sharbinee, tapi kemenangan bukan bergantung kepada faktor nasib saje tapi memerlukan kecekalan. Nak bangkit dari ketinggalan satu gol bukan senang,  kerana pihak lawan pastinya akan merperkuat barisan pertahanan. Dan gol Hai-O lah yang membuktikan sikap tidak mudah mengalah pasti membuahkan kejayaan.

Terengganu tidak kurang hebatnya kerana mereka pernah bangkit 10 saat sebelum wisel penamat final Piala FA dibunyikan. Mungkin satu pengajaran buat skuad Penyu untuk tidak leka seperti mana The Red Warriors sebelum ni. 

Namun begitu, usai Piala Malaysia ini, pengurusan FAM patut dirombak. Mereka mesti ingat  tanpa peminat sapalah diaorang. Kalau sebelum ni final Piala Malaysia saje yang menjadi perhatian tapi sejak dua menjak ni dari peringkat kumpulan lagi peminat dah membanjiri stadium. Minat terhadap suka bola sepak yang bertambah ni telah dieksploitasi oleh FAM. Memang tak patut apabila menaikkan harga tiket sewenang-wenangnya ditambah dengan alasan tidak munasabah. Mahukan FAM melihat zaman suram mereka meminta sedekah dengan peminat agar memenuhi stadium??

Saya yakin dan percaya arena bola sepak negara kita boleh pergi lebih jauh. Dan ini bermula dengan perubahan kepemimpinan FAM sendiri. Siapalah yang berani untuk menarik kerusi empuk Presiden FAM sekiranya beliau sendiri tidak berundur. Rakyat dan peminat bola sepak khususnya sudah bersuara. Jangan ditarik secara paksa sudah. hehe..

Berilah peluang kepada muka-muka baru yang betul-betul ikhlas mahu membangunkan sukan bola sepak Malaysia. Tan Sri Annuar Musa merupakan calon terbaik untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi. =)

Nota Kaki: Tahniah kepada N9! FAM tak bley berkeras dengan peminat sebab bila peminat berkeras dengan FAM, buruk padahnya....


No comments:

Post a Comment