Tuesday, June 21, 2011

Personal : Air Asia

Now everyone can fly!!


Kagum sungguh bila tengok AirAsia dah terkenal di seluruh dunia. Bukan senang nak letak logo syarikat Malaysia dekat Jersi pasukan EPL!!


Tapi semua tu tak mustahil jika kita bercita-cita BESAR!! 
Tanpa pengalaman, dan modal, Tony Fernandes mengorak langkah dengan meletakkan jawatan  sebagai eksekutif syarikat Time Warner untuk menubuhkan AirAsia. Tony mendapat idea setelah melihat model syarikat penerbangan tambang murah yang berpotensi untuk dikembangkan di Asia. 


Pada 2 Disember 2001, Tony telah membeli Pelangi Air yang menghadapi masalah kewangan dari DRB-HICOM pada harga token RM1. Tahun berikutnya AirAsia mula mencatat keuntungan dan hari ini, AirAsia dikhabarkan untuk membeli 200 unit lagi pesawat AirBus yang berharga RM54 Billion sebagai tambahan kepada 100 unit pesawat yang telah dimilikinya. Sekiranya urus niaga ini menjadi kenyataan, AirAsia akan menjadi antara syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia dan juga di dunia.


Syabas kepada AirAsia kerana menjadi jenama kepada Malaysia umumnya. 

No comments:

Post a Comment