Wednesday, November 30, 2011

Personal : Tanda-tanda


Gambar Ehsan http://zamankini.wordpress.com

Biasanya Perdana Menteri akan bagi hint sekiranya Pilihan Raya akan diadakan pada masa terdekat. Berdasarkan pengalaman tahun 2008, saya merumuskan bahawa Pilihanraya akan diadakan pada hujung 2011 dan berkemungkinan besar sekali pada awal tahun 2012. Kalau korang perasan setiap kali pilihanraya, Timbalan Perdana Menteri akan ditugaskan untuk turun di setiap negeri dan Perdana Menteri akan menyusul tetapi hanya di lokasi-lokasi ‘panas’ seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, dan Pulau Pinang. Seingat aku, sebelum pilihanraya yang lepas, Datuk Seri Haji Najib (waktu tu Timbalan Perdana Menteri) turun ke Kelantan 2 kali! Kali ni pun sama sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan turun padang ke Kelantan setelah melawat beberapa negeri lain.

Desas-desus pilihanraya juga bertiup kencang apabila pemberian bantuan wang RM100 untuk pelajar dipercepatkan. Walaupun kerajaan mempunyai masa sehingga hujung Disember bagi memberi wang sempena persekolahan yang hanya akan dibuka semula pada bulan Januari, langkah ini dilihat cubaan mereka memenangi hati ibu bapa. Ye la, ibu bapa dijemput hadir ke sekolah untuk menerima wang RM100 yang mungkin menyebabkan sesetengah daripada mereka ‘terhutang budi’. Saya berpendapat pemberian wang RM100 wajar dijadikan acara tahunan kerana sedikit-sebanyak dapat membantu ibu bapa terutamanya yang berpendapatan rendah, bukan sekadar untuk memenangi undi.

Petanda lain ialah jemaah haji sudah beransur-ansur pulang sejak 2 minggu lepas. Kehadiran mereka seramai lebih kurang 28000 orang dialu-alukan kerana sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi. Lain pula di dada-dada akhbar apabila isu-isu berkaitan rakyat di sesetengah negeri yang yang tidak dikuasai mereka dibangkitkan. Setakat ini isu bekalan air dibangkitkan, kalau 2008 dahulu isu infrastruktur jalan raya dimainkan. Biasanya juga lepas ni ada isu ‘penghijrahan’ ahli parti politik dari parti politik yang lain.

Banyak lagi tanda-tanda lain, cumanya pilihanraya tidak akan diadakan selagi Perhimpunan Agung umno dan banjir di Pantai Timur reda. Kita tunggu dan lihat.

Nota Kaki: Tak sabar nak mengundi pertama kali. Haha

No comments:

Post a Comment