Wednesday, October 12, 2011

Personal : Belanjawan 2012, Part 2

Bajet 2012 juga menyaksikan kenaikan had umur persaraan wajib dari umur 58 ke 60 tahun. Yang ni ramai penjawat awam tak suka sebab ye la bila dah mencapai usia emas ni, kalau boleh dah tak nak pikir pasal hal dunia. Nak beribadat dan bermesra dengan anak cucu, bukannya menghadap kertas kerja yang bertimbun-timbun. Kalau dilihat dari komen-komen yang disiarkan dalam Facebook, ramai yang membantah umur persaraan dinaikkan. Hanya Presiden CEUPACS yang dilihat bersungguh-sungguh menuntut kenaikan umur persaraan.

Terdapat banyak kritikan terhadap Presiden CEUPACS yang lebih menumpukan kepada golongan staf sokongan daripada staf teknikal. Tidak dinafikan kebajikan staf sokongan awam perlu dijaga tetapi bukan dengan cara menaikkan had umur persaraan sebaliknya menaikkan gaji mereka. Bagi pihak kerajaan pula, cadangan menaikkan umur persaraan merupakan satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan, yang mana kerajaan boleh menjimatkan peruntukan pencen kepada pesara kerajaan yang kini berjumlah 600 000 orang. Bila umur bersara bertambah, tempoh berkhidmat untuk mendapat pencen separuh daripada gaji juga bertambah. Ini akan memberi tekanan kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat selama 30 tahun semata-mata untuk mendapat pencen separuh dari gaji terakhir.


Umum mengetahui bahawa kakitangan kerajaan paling bertuah sekiranya ingin membuat pinjaman dengan bank. Berbanding dengan pekerja swasta yang dikenakan syarat lebih ketat sebelum membuat pinjaman bank, penjawat awam yang bergaji serendah Rm800 sudah boleh membuat pinjaman disebabkan faktor 'certainty in job'. Kalau pekerja swasta bergaji RM5000 pun belum tentu dapat membuat pinjaman, terutamanya jawatan berdasarkan kontrak. Bagaimanapun pengenalan sistem baru perkhidmatan awam (SBPA) yang akan menggantikan sistem lama, Sistem Saraan Malaysia (SSM) mungkin akan mengubah hal ini. Pengenalan 'exit policy' kepada penjawat awam yang berprestasi rendah atau memilih untuk meletak jawatan. 


Selain itu, kesan dari kenaikan umur persaraan menyebabkan lepasan universiti terpaksa menunggu lebih dua tahun untuk diserap masuk berdasarkan keadaan semasa. Apa yang dibimbangkan ialah kadar pengangguran yang sudah sedia ada tinggi akan terus meningkat. Ini disebabkan pengeluaran graduan universiti yang melebihi kadar pengwujudan peluang pekerjaan dalam pasaran.


Nota Kaki: Kalau boleh nak bersara awal. Cukuplah berkerja. bagilah peluang kepada yang lain.

No comments:

Post a Comment