Monday, October 10, 2011

Personal : Belanjawan 2012, Part 1

Bila belanjawan@bajet 2012 dibentangkan, ramailah yang berpusu-pusu menghadap televisi@tv petang jumaat hari tu. Alhamdulillah bajet kali ni habis awal sekitar pukul 6, tidak seperti sebelum ni yang mana pernah ada Perdana Menteri asyik sangat membentangkan bajet sampai meninggalkan solat Zohor.

Ramai yang mengharapkan sesuatu dari bajet 2012, dan ramai yang mentakrifkan bajet 2012 sebagai 'bajet pilihanraya'. Buktinya banyak peruntukan yang dicadangkan adalah bersifat one-off. Contohnya, pemberian baucer buku sebanyak RM200 kepada pelajar ipta dan ipts. Pemberian RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pemberian bantuan sara hidup Rm3000 kepada bekas perajurit dan tambahan setengah bulan gaji. Apa yang harus diingat bahawa setiap pemberian yang diberi bukan percuma dan ada harga yang perlu dibayar. Mungkin itu maksud 'government of the day'. Orang kampung kata 'gula-gula'.


Dalam bajet 2012 juga, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 232.8 billion. Sebanyak RM 181.6 billion diperuntukkan untuk mengurus manakala selebihnya iaitu RM 51.2 billion atau 22 peratus untuk perbelanjaan pembangunan. Pendapatan kerajaan untuk tahun 2012 pula dianggarkan sebanyak RM 186.9 billion. Sebahagian besar sumber pendapatan berpunca dari kutipan cukai yang dianggarkan sebanyak RM97 billion (2011) dan selebihnya adalah dari dividen Petronas sebanyak 30 peratus beserta sumber- sumber lain. Defisit dijangka berkurangan kepada 4.7 peratus KDNK dari 5.4 peratus pada tahun ini. 


Bajet kali ini juga dilihat cuba mencapai 'segenap lapisan masyarakat' dari guru, murid sekolah, mahasiswa, ibu bapa, pesara, kakitangan awam, waima ahli Parlimen sendiri. Bayangkan kesan sekiranya pelajar sekolah menerima RM100 seorang dan yang paling gembira tentulah ibu bapa kerana mereka 'penerima sekunder'. Kesannya akan diterjemah melalui kertas undi sama ada 'gula-gula' ini akan termakan umpan. Sepatutnya benda ni dinikmati dari dahulu lagi dan tidak bersifat one-off. Apalah sangat peruntukan sebanyak RM530 juta yang dicadangkan berbanding jumlah yang hampir sama diperuntukan untuk membaiki bangunan Parlimen. Baiki banyak kali pun tetap bocor atau sengaja dibocorkan. Dan makin banyaklah duit dibazirkan untuk berterusan membaikinya =)


Bajet sudah dibentang, gendang pilihanraya sudah dipalu. Ayuh kita turun mengundi. Undilah bak kata tajuk klip video Namawee yang telah digam oleh SKMM atas sebab-sebab yang kurang munsabah. Haha


Nota Kaki: Ini adalah satira semata-mata. Tidak berkait politik, politikus ataupun tikus. Haha

No comments:

Post a Comment