Saturday, June 23, 2012

Personal: Senangnya Pegawai Kerajaan Pangkat Besar


Akhir-akhir ni timbul gejala tak sihat kakitangan awam yang berpangkat besar. Hari ni bersara esok dah bagi jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bukanlah tak boleh tetapi orang yang dah lama dalam GLC mesti nak merasa naik pangkat. Samalah dengan jabatan kerajaan pun. Takde ke orang ke dalam GLC yang lebih layak untuk pegang jawatan tersebut???

Yang pangkat kecik-kecik melopong je tengok boss diaorang berpindah dari satu kerusi empuk kepada kerusi empuk yang lain. Dahla kena kerja teruk-teruk sampai umur 60 tahun, sekarang pegawai-pegawai baru pun diambil secara kontrak je. Kadang-kadang terfikir Presiden CUEPACS ni nak kerja smpai akhir hayat ke? Ramai yang tak mahu umur persaraan dilanjutkan ke 60 tapi sekarang benda dah jadi. 

Nota Kaki: Presiden, CIO GLC terbesar negara kini diisi oleh kakitangan awam. Untunglah~

Monday, June 18, 2012

Personal: WWW 1



No plat WWW 1 yang menjadi rebutan ramai kini sah menjadi milik Sultan Johor. Malas nak ulas banyak-banyak sebab umum dah tahu. Mungkin ketelusan jabatan kerajaan yang membuat tawaran bidaan dalam membuat penilaian pemenang bidaan boleh dikaji. Sekiranya nombor tersebut mahu diberi secara percuma, tidak perlulah dibuka untuk bidaan. Tetapi mungkin ramai yang tak tahu personaliti lain yang memenangi bidaan plat siri WWW.


WWW 5 YDPA, 
WWW15 Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan),
WWW 69 Datuk Puad Zarkashi ( Timbalan Menteri Pelajaran)
WWW97 Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di JPM), 
WWW 303 Datuk Kamarudin Meranun (AirAsia) 


Harga bidaan boleh dilihat di laman web JPJ. Apa yang menarik adalah kesemua 9999 nombor dalam siri WWW habis didaftarkan dalam masa 2 hari. Namun apa yang lebih menarik adalah signifikan pergerakan no plet di seluruh  negara. Ak bukan minat sangat dengan nombor ni. Pakai no 1 kat kereta pun belu tentu JPJ tak saman. Haha

Seperti entri sebelu ini, Apa ada pada nombor, nombor plat boleh menjadi indikator kepada tahap kemajuan sesebuah negeri. Kalau nak dikira kutipan cukai sampai bila pun negeri Kelantan di tempat kedua terakhir (Perlis paling sedikit). Kutipan cukai banyak dikaitkan dengan politik yang mana pelabur asing  yang ingin melabur di negeri pembangkang akan 'dinasihatkan' supaya melabur di negeri lain. 

Berbanding dengan nombor plat, kita boleh lihat 'kadar kemajuan' seiring dengan nombor siri   
yang telah dicapai oleh negeri tersebut. Boleh tengok table kat bawah.


31.12.2008
17.06.2012
Pertambahan
WSD
4621
WWX
5597
+ 1,130,863
JLJ
5176
JNR
1945
+ 526,716
BKF
9525
BLS
5622
+ 336,063
PJA
8042
PKQ
5176
+ 362,497
AGR
3804
AHY
1032
+ 297,198
QAP
635
QAA
8154 B
+ 117,508
KCK
3644
KDF
6354
+ 192,691
SAA
4553 W
SAB
102 K
+ 115,537
CCJ
841
CDA
9670
+ 158,814
NCE
115
NCR
5456
+ 115,330
MBS
3912
MCF
812
+ 116,888
DBJ
7246
DCB
3747
+ 156,485
TAU
1219
TBG
2781
+ 111,551
RH
4970
RK
1590
+ 16,618

Haha. Pertambahan kenderaan di 'negeri miskin' lebih banyak berbanding negeri yang menerima royalti minyak. Walaupun Kelantan hanya baru mencapai siri DCB berbanding Pahang CDA, Negeri Sembilan NCR, Melaka MCF, tetapi pertambahan kenderaan lebih banyak berbanding negeri-negeri tersebut.

Lebih menarik JPJ Kelantan mengeluarkan tender untuk siri DCC bermula pada 4 jun sehingga 24 jun 2012, iaitu hanya 2 minggu setelah siri DCB mula didaftarkan dan berada di atas jalan raya. Haha.

Info tambahan boleh dilihat di sini.