Sunday, October 30, 2011

Sukan: Tahniah Kepada Negeri Sembilan!!


Dah terjawab siapa juara Piala Malaysia. Mungkin pengalaman menjadi kayu pengukur kepada kemenangan skuad Hobin Jang Hobin. Walaupun ramai yang menyalahkan Sharbinee, tapi kemenangan bukan bergantung kepada faktor nasib saje tapi memerlukan kecekalan. Nak bangkit dari ketinggalan satu gol bukan senang,  kerana pihak lawan pastinya akan merperkuat barisan pertahanan. Dan gol Hai-O lah yang membuktikan sikap tidak mudah mengalah pasti membuahkan kejayaan.

Terengganu tidak kurang hebatnya kerana mereka pernah bangkit 10 saat sebelum wisel penamat final Piala FA dibunyikan. Mungkin satu pengajaran buat skuad Penyu untuk tidak leka seperti mana The Red Warriors sebelum ni. 

Namun begitu, usai Piala Malaysia ini, pengurusan FAM patut dirombak. Mereka mesti ingat  tanpa peminat sapalah diaorang. Kalau sebelum ni final Piala Malaysia saje yang menjadi perhatian tapi sejak dua menjak ni dari peringkat kumpulan lagi peminat dah membanjiri stadium. Minat terhadap suka bola sepak yang bertambah ni telah dieksploitasi oleh FAM. Memang tak patut apabila menaikkan harga tiket sewenang-wenangnya ditambah dengan alasan tidak munasabah. Mahukan FAM melihat zaman suram mereka meminta sedekah dengan peminat agar memenuhi stadium??

Saya yakin dan percaya arena bola sepak negara kita boleh pergi lebih jauh. Dan ini bermula dengan perubahan kepemimpinan FAM sendiri. Siapalah yang berani untuk menarik kerusi empuk Presiden FAM sekiranya beliau sendiri tidak berundur. Rakyat dan peminat bola sepak khususnya sudah bersuara. Jangan ditarik secara paksa sudah. hehe..

Berilah peluang kepada muka-muka baru yang betul-betul ikhlas mahu membangunkan sukan bola sepak Malaysia. Tan Sri Annuar Musa merupakan calon terbaik untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi. =)

Nota Kaki: Tahniah kepada N9! FAM tak bley berkeras dengan peminat sebab bila peminat berkeras dengan FAM, buruk padahnya....


Friday, October 21, 2011

Personal: Denial!

Malaysians especially the ministers, are always in denial when things are not on their side. Malas nak crite banyak2. Tengok gambar kat bawah ni in sequence. Haha


Gambar 1: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin mengatakan kadar jenayah pelajar Afrika rendah.


Gambar 2: 138 Warga Afrika ditahan


Gambar 3: Laa..sebelah-menyebelah je gambar-gambar ni. Haha. Macam mana la menteri boleh keluar kenyataan yang sungguh denial? Zaman IT rakyat dah tak bodoh..hehe

Nota kaki: Gajah berak depan mata pun nak tutup ke. haha

Personal: Kolotnya Utusan!



Entah kenapa Utusan sering mengaitkan bola dengan ideologi politik mereka yang sangat teruk. Dahla berniat jahat dengan menyiarkan gambar pergaduhan TRW dan Terengganu di muka depan pada perlawanan kedua tempoh hari. Kalau dilihat perlawanan antara Terengganu dan Selangor dua hari lepas dicemari dengan insiden balingan mercun dan laser yang jelas dapat didengar dan dilihat oleh penonton televisyen tetapi seperti biasa pengulas sukan yang bias buat tak tahu je, apa lagi utusan. Selangor yang diagung-agungkan oleh RTM dan Utusan pun negeri pembangkang jugak, bukan Kelantan sahaja. Haha.. 

Nota Kaki: Tak suka bola dipolitikkan



Bisnes : Why a great branding is a must




I was reading the sports section in The Star yesterday when my eyes caught the article titled ‘It’s Lofty days at Loftus’. Hey, what is the relationship between sports and business? Well, maybe Ananda can be one of the respectable people to answer this question. Queen Park Rangers or QPR is little known in Asia, so in Malaysia. However it is big in England and one of the biggest clubs in BPL. Since the buyout from Tony Fernandes, the owner of Malaysian low cost airline, AirAsia Bhd, there are much hype in the soccer arena.

It was Saturday Oct 15, when the match between QPR and Balckburn had ended with a draw of 1-1. It was in Loftus Road where QPR sits and the atmosphere there is just like in Kelantan’s stadium if not more. QPR supporters and fans are flocking in and QPR shirts are fast leaving the shelves. MAS and AirAsia, which were fierce rivals before are joining hand right now to sponsor the club. MAS is given the honour to sponsor the home games while AirAsia sponsors the away games. With 38 matches, MAS will get exposure in about 30 matches. That is a huge branding campaign considering that they will play against big clubs such as Chelsea, Manchester United, Machester City and Liverpool!

It was also reported that, as soon as MAS had confirmed their sponsor for QPR, two corporate clients decided to make MAS as their favoured airline. One of the bosses is a QPR fan!

Owning a football club and sponsoring them is a huge milestone for Malaysian company in adopting effective branding strategy. PETRONAS was a pioneer in sponsoring F1 Team as a method of branding and nowadays they are renowned around the world. Many bashers which are mind-boggled by the short term gain are likely the one to oppose these strategies.

I believe that we need to be bold enough to practice the unconventional method of branding. Many Malaysian companies are known to produce world-class product, but they are visibly unknown in other part of the world. Some even remain to be the original equipment manufacturers (OEM) for other companies that have good brands. 


I hope to see more PETRONAS, AirAsia and MAS alike in the future. For Felda and Sime Darby, it is a challenge for them to put their name in the global branding scene. We do not want to see ‘jaguh kampung’ which is only big in Malaysia but small in the world landscape.

Sunday, October 16, 2011

Sukan: TRW 2012

Terkeluarnya dari saingan Piala Malaysia bukan bermakna segala-galanya telah berakhir kepada The Red Warriors. Walaupun tewas di tangan sang penyu, TRW tidak mengambil masa yang lama untuk mempersiapkan diri untuk musim yang akan datang. Begitupun, sedikit kekecewaan masih terasa kerana insiden 5 kad merah, 10 kad kuning yang dijadikan sindiran akhbar utusan. ‘Sila lihat gambar dan tafsirkan apa yang ingin disampaikan mereka’. Cukuplah dengan ketidakcekapan pengadil mengawal keadaan hingga menyebabkan TRW terkeluar dari saingan. Bagaimanapun factor pengadil hanya mempengaruhi sebahagian sehaja. Bahagian pertahanan TRW yang longgar membolehkan pasukan pelawat menggandakan jaringan pada separuh masa pertama di Kota Bharu. Apapun kita tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih.

Sumber dar Akhbar Utusan Malaysia


TRW dijangka menampilkan beberapa muka baru yang pasti akan memberi angin baru kepada pasukan ini. Beberapa muka baru yang dijangka masuk adalah (sila lihat di sini):

Norfarhan - Telah ditawarkan Kontrak
Amirul Hadi - Telah ditawarkan Kontrak
Safiq Rahim - Telah ditawarkan Kontrak
Yong Kuong Yong - Telah ditawarkan Kontrak
Azmi Muslim – Hasil pelawaan B Sathianathan sebelum beliau ke ATM.
Nizarudin Yusof – Telah menandatangai Kontrak.
Wan Zaharul Nizam – Masih belum disahkan.

Khabarnya Datuk M Karathu telah meletakkan jawatan pada hari ini. Sehingga disahkan oleh Presiden kafa, Tan Sri Annuar Musa, kita tunggu dan lihat. Sementara itu, Solehin Kanasian@K Soley dan Khalid Jamlus telah bealih arah ke pasukan lain. Saya sebenarnya mengharapkan jurulatih kelahiran negeri ini, Irfan Bakti untuk kembali dan menyumbang keringat idea untuk mengemudi pasukan TRW musim hadapan.

Apapun tanpa kehadiran TRW, saingan piala Malaysia masih menarik kerana pasukan yang layak ke separuh akhir masing-masing mempunyai misi yang ingin dilunaskan. Kalau Selangor dengan ‘misi 33’ nya untuk mendakap piala buat kali ke 33, Terengganu dan adiknya T-team mahu mencapai misi ‘adik-beradik’ ke final. Walau pasukan manapun yang akan memenangi Piala Malaysia, kita mesti terus menyokong arena bola sepak negara. 

Majulah sukan untuk negara!!

Saturday, October 15, 2011

Personal: Macam-macam. =)

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nakbawa ke sekolah.Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yangbaru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa. 

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja.

"Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."Apaaaaa???.. . 9 bulan 10 hari???....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami....Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..haha


Wednesday, October 12, 2011

Personal : Belanjawan 2012, Part 2

Bajet 2012 juga menyaksikan kenaikan had umur persaraan wajib dari umur 58 ke 60 tahun. Yang ni ramai penjawat awam tak suka sebab ye la bila dah mencapai usia emas ni, kalau boleh dah tak nak pikir pasal hal dunia. Nak beribadat dan bermesra dengan anak cucu, bukannya menghadap kertas kerja yang bertimbun-timbun. Kalau dilihat dari komen-komen yang disiarkan dalam Facebook, ramai yang membantah umur persaraan dinaikkan. Hanya Presiden CEUPACS yang dilihat bersungguh-sungguh menuntut kenaikan umur persaraan.

Terdapat banyak kritikan terhadap Presiden CEUPACS yang lebih menumpukan kepada golongan staf sokongan daripada staf teknikal. Tidak dinafikan kebajikan staf sokongan awam perlu dijaga tetapi bukan dengan cara menaikkan had umur persaraan sebaliknya menaikkan gaji mereka. Bagi pihak kerajaan pula, cadangan menaikkan umur persaraan merupakan satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan, yang mana kerajaan boleh menjimatkan peruntukan pencen kepada pesara kerajaan yang kini berjumlah 600 000 orang. Bila umur bersara bertambah, tempoh berkhidmat untuk mendapat pencen separuh daripada gaji juga bertambah. Ini akan memberi tekanan kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat selama 30 tahun semata-mata untuk mendapat pencen separuh dari gaji terakhir.


Umum mengetahui bahawa kakitangan kerajaan paling bertuah sekiranya ingin membuat pinjaman dengan bank. Berbanding dengan pekerja swasta yang dikenakan syarat lebih ketat sebelum membuat pinjaman bank, penjawat awam yang bergaji serendah Rm800 sudah boleh membuat pinjaman disebabkan faktor 'certainty in job'. Kalau pekerja swasta bergaji RM5000 pun belum tentu dapat membuat pinjaman, terutamanya jawatan berdasarkan kontrak. Bagaimanapun pengenalan sistem baru perkhidmatan awam (SBPA) yang akan menggantikan sistem lama, Sistem Saraan Malaysia (SSM) mungkin akan mengubah hal ini. Pengenalan 'exit policy' kepada penjawat awam yang berprestasi rendah atau memilih untuk meletak jawatan. 


Selain itu, kesan dari kenaikan umur persaraan menyebabkan lepasan universiti terpaksa menunggu lebih dua tahun untuk diserap masuk berdasarkan keadaan semasa. Apa yang dibimbangkan ialah kadar pengangguran yang sudah sedia ada tinggi akan terus meningkat. Ini disebabkan pengeluaran graduan universiti yang melebihi kadar pengwujudan peluang pekerjaan dalam pasaran.


Nota Kaki: Kalau boleh nak bersara awal. Cukuplah berkerja. bagilah peluang kepada yang lain.

Tuesday, October 11, 2011

Personal : Lebuhraya Central Spine

Mungkin ramai yang tidak sedar dalam bajet 2012, ada disebut bahawa beberapa lebuhraya baru akan dibina. Antara yang disebut adalah Lebuhraya Central Spine yang meliputi Bentong (Pahang) ke Gua Musang (Kelantan). Projek lebuhraya ini telah dirancang sejak tahun 90an lagi tetapi disebabkan kekangan politik, projek ini ditangguhkan. Seringkali menjadi dijadikan modal oleh government of the day untuk merampas negeri yang berada nun jauh di utara pantai timur.

Kalau dilihat negara kita telah mempunyai lebuhraya strategik (lihat peta) seperti PLUS yang meliputi dari Johor Bharu hingga Bukit Kayu Hitam di Kedah, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai  Timur Fasa 1. (Karak-Kuantan). LPT Fasa 2 dari Jerangau ke Kuala Terengganu dijangka siap pada Jun 2012. Cuba teka apa yang tertinggal?

Jawapan yang senang, semua jalan yang menghala ke Kelantan masih tertangguh dan dalam peringkat kajian. Selain Central Spine, Lebuhraya fasa 3 yang merangkumi dari Kuala Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor masih tertangguh sampai sekarang. Apa yang dikesalkan fasa 4 LPT yang akan merangkumi Mersing ke Kuantan akan dibina dahulu. 

Sumber dari laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jaringan lebuhraya yang dibina bukan sahaja akan memberi limpahan kepada negeri-negeri yang berada di jajarannya, malahan juga dapat mengurangkan kadar kemalangan. Lihat sahaja lebuhraya PLUS yang memberi limpahan ekonomi kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Johor Bharu. Kadar kemalangan pun sedikit jika dibandingkan.

Cuba anda bayangkan penderitaan pengguna jalan raya persekutuan dari bentong ke Gua Musang. 7 jam perjalanan yang amat menyeksakan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah:

1) Jalan satu lorong yang perlu dinaik taraf kepada sekurang-kurangnya 2 lorong. Jalan 2 lorong membolehkan pemandu memotong kenderaan lain dengan selamat.
2) Jalan perlu diselenggara dengan lebih kerap kerana kenderaan berat sering mengggunakan jalan tersebut menyebabkan kerosakan pada struktur jalan.
3) Lampu jalan sepanjang jalan mesti menjadi mandatori dalam setiap pelan pembangunan lebuhraya dan jalan baru untuk mengurangkan kadar kemalangan.


Bukan sedikit nyawa yang telah terkorban di laluan maut Bentong Gua-Musang. Angka korban terus meningkat terutama di musim perayaan. Usaha Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hanya sia-sia jika kerajaan sendiri tidak mengambil langkah membina Lebuhraya Central Spine. Berapa ramai korban lagi yang diperlukan sehingga lebuhraya ini akan dibina. Para pemimpin terutama Perdana Menteri tak perlulah naik helikopter, kapal terbang nak pergi rasmi program di kelantan. Naik kereta, pandu sendiri sepanjang jalan raya. Barulah pemimpin berjiwa rakyat. 

Nota kaki: Perjalanan 7 jam dari KL ke Perlis tak terasa sebab ada PLUS..Fikir-fikirkanlah.







Monday, October 10, 2011

Personal : Belanjawan 2012, Part 1

Bila belanjawan@bajet 2012 dibentangkan, ramailah yang berpusu-pusu menghadap televisi@tv petang jumaat hari tu. Alhamdulillah bajet kali ni habis awal sekitar pukul 6, tidak seperti sebelum ni yang mana pernah ada Perdana Menteri asyik sangat membentangkan bajet sampai meninggalkan solat Zohor.

Ramai yang mengharapkan sesuatu dari bajet 2012, dan ramai yang mentakrifkan bajet 2012 sebagai 'bajet pilihanraya'. Buktinya banyak peruntukan yang dicadangkan adalah bersifat one-off. Contohnya, pemberian baucer buku sebanyak RM200 kepada pelajar ipta dan ipts. Pemberian RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pemberian bantuan sara hidup Rm3000 kepada bekas perajurit dan tambahan setengah bulan gaji. Apa yang harus diingat bahawa setiap pemberian yang diberi bukan percuma dan ada harga yang perlu dibayar. Mungkin itu maksud 'government of the day'. Orang kampung kata 'gula-gula'.


Dalam bajet 2012 juga, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 232.8 billion. Sebanyak RM 181.6 billion diperuntukkan untuk mengurus manakala selebihnya iaitu RM 51.2 billion atau 22 peratus untuk perbelanjaan pembangunan. Pendapatan kerajaan untuk tahun 2012 pula dianggarkan sebanyak RM 186.9 billion. Sebahagian besar sumber pendapatan berpunca dari kutipan cukai yang dianggarkan sebanyak RM97 billion (2011) dan selebihnya adalah dari dividen Petronas sebanyak 30 peratus beserta sumber- sumber lain. Defisit dijangka berkurangan kepada 4.7 peratus KDNK dari 5.4 peratus pada tahun ini. 


Bajet kali ini juga dilihat cuba mencapai 'segenap lapisan masyarakat' dari guru, murid sekolah, mahasiswa, ibu bapa, pesara, kakitangan awam, waima ahli Parlimen sendiri. Bayangkan kesan sekiranya pelajar sekolah menerima RM100 seorang dan yang paling gembira tentulah ibu bapa kerana mereka 'penerima sekunder'. Kesannya akan diterjemah melalui kertas undi sama ada 'gula-gula' ini akan termakan umpan. Sepatutnya benda ni dinikmati dari dahulu lagi dan tidak bersifat one-off. Apalah sangat peruntukan sebanyak RM530 juta yang dicadangkan berbanding jumlah yang hampir sama diperuntukan untuk membaiki bangunan Parlimen. Baiki banyak kali pun tetap bocor atau sengaja dibocorkan. Dan makin banyaklah duit dibazirkan untuk berterusan membaikinya =)


Bajet sudah dibentang, gendang pilihanraya sudah dipalu. Ayuh kita turun mengundi. Undilah bak kata tajuk klip video Namawee yang telah digam oleh SKMM atas sebab-sebab yang kurang munsabah. Haha


Nota Kaki: Ini adalah satira semata-mata. Tidak berkait politik, politikus ataupun tikus. Haha

Thursday, October 6, 2011

Personal : Rezeki kita hanya tuhan yang tahu

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan untuk menulis blog ni. 


Baru-baru ni aku ada terbaca mengenai beberapa orang calon UPSR yang dihalang dari menduduki peperiksaan awam tersebut. Bagi aku, perkara ni amat tak wajar kerana walau selemah mana pun pelajar tersebut, mereka mesti diberi peluang untuk menduduki UPSR. Takkanlah kerana nak mencapai KPI dan kenaikan pangkat, pihak sekolah sanggup mengorbankan masa depan pelajar tersebut. 


Teringat aku cerita ayah aku pasal kawan dia waktu belajar di sekolah sains. Nak dijadikan cerita, kawan ayah aku ni buta huruf dan ilmu hisab pun cukup-cukup makan. Ramai yang memperlekehkan kawan ayah aku ni sebab dituduh meniru waktu exam LCE (sekarang PMR) dan nasib dia baik, dapatlah masuk sekolah sains. 


Dekat-dekat nak SPM cikgu pun panggillah kawan ayah aku ni ke bilik dia. Setelah di brain-wash dan ditorture minda supaya keluar dari sekolah sains kerana takut akan menjejaskan kedudukan sekolah. Tapi tetap tak makan saman. Alasannya makanan kat sekolah asrama sedap-sedap. Haha


Seperti yang dijangka, keputusan SPM tahun tersebut jatuh disebabkan kawan ayah aku ni. Ramai pelajar yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara tapi kawan ayah aku ni lepas SPM terus kerja sebagai mekanik kat BMW Kota Bharu. Lama-lama dinaikkan pangkat menjadi ketua mekanik. 


Biasalah bila dah ada kemahiran, bolehlah buka syarikat sendiri. Kawan ayah pun tak lama kemudian bukak syarikat alat ganti kereta BMW di samping memiliki sebuah workshop. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..=)


Dipendekkan cerita, waktu tahun 1981 tu, masa era Tun Dr. Mahathir, syarat 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat asing diperkenalkan. Kawan ayah aku ni ditawarkan untuk jadi pemegang saham sebab dia antara bumiputera yang terkehadapan waktu tu. Guess what?? 


Sekarang dah jadi tauke BMW dan dapat Datuk dah pun. Malah lebih kaya dari yang belajar kat oversea. Haha. Walaupun mulanya buta huruf tapi tu la tuah manusia siapa yang tahu.