Terkeluarnya dari saingan Piala Malaysia bukan bermakna segala-galanya telah berakhir kepada The Red Warriors. Walaupun tewas di tangan sang penyu, TRW tidak mengambil masa yang lama untuk mempersiapkan diri untuk musim yang akan datang. Begitupun, sedikit kekecewaan masih terasa kerana insiden 5 kad merah, 10 kad kuning yang dijadikan sindiran akhbar utusan. ‘Sila lihat gambar dan tafsirkan apa yang ingin disampaikan mereka’. Cukuplah dengan ketidakcekapan pengadil mengawal keadaan hingga menyebabkan TRW terkeluar dari saingan. Bagaimanapun factor pengadil hanya mempengaruhi sebahagian sehaja. Bahagian pertahanan TRW yang longgar membolehkan pasukan pelawat menggandakan jaringan pada separuh masa pertama di Kota Bharu. Apapun kita tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih.
TRW dijangka menampilkan beberapa muka baru yang pasti akan memberi angin baru kepada pasukan ini. Beberapa muka baru yang dijangka masuk adalah (sila lihat di sini):
Norfarhan - Telah ditawarkan Kontrak
Amirul Hadi - Telah ditawarkan KontrakSafiq Rahim - Telah ditawarkan Kontrak
Yong Kuong Yong - Telah ditawarkan Kontrak
Azmi Muslim – Hasil pelawaan B Sathianathan sebelum beliau ke ATM.
Nizarudin Yusof – Telah menandatangai Kontrak.
Wan Zaharul Nizam – Masih belum disahkan.
Khabarnya Datuk M Karathu telah meletakkan jawatan pada hari ini. Sehingga disahkan oleh Presiden kafa, Tan Sri Annuar Musa, kita tunggu dan lihat. Sementara itu, Solehin Kanasian@K Soley dan Khalid Jamlus telah bealih arah ke pasukan lain. Saya sebenarnya mengharapkan jurulatih kelahiran negeri ini, Irfan Bakti untuk kembali dan menyumbang keringat idea untuk mengemudi pasukan TRW musim hadapan.
Apapun tanpa kehadiran TRW, saingan piala Malaysia masih menarik kerana pasukan yang layak ke separuh akhir masing-masing mempunyai misi yang ingin dilunaskan. Kalau Selangor dengan ‘misi 33’ nya untuk mendakap piala buat kali ke 33, Terengganu dan adiknya T-team mahu mencapai misi ‘adik-beradik’ ke final. Walau pasukan manapun yang akan memenangi Piala Malaysia, kita mesti terus menyokong arena bola sepak negara.
Majulah sukan untuk negara!!
No comments:
Post a Comment