Thursday, October 6, 2011

Personal : Rezeki kita hanya tuhan yang tahu

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan untuk menulis blog ni. 


Baru-baru ni aku ada terbaca mengenai beberapa orang calon UPSR yang dihalang dari menduduki peperiksaan awam tersebut. Bagi aku, perkara ni amat tak wajar kerana walau selemah mana pun pelajar tersebut, mereka mesti diberi peluang untuk menduduki UPSR. Takkanlah kerana nak mencapai KPI dan kenaikan pangkat, pihak sekolah sanggup mengorbankan masa depan pelajar tersebut. 


Teringat aku cerita ayah aku pasal kawan dia waktu belajar di sekolah sains. Nak dijadikan cerita, kawan ayah aku ni buta huruf dan ilmu hisab pun cukup-cukup makan. Ramai yang memperlekehkan kawan ayah aku ni sebab dituduh meniru waktu exam LCE (sekarang PMR) dan nasib dia baik, dapatlah masuk sekolah sains. 


Dekat-dekat nak SPM cikgu pun panggillah kawan ayah aku ni ke bilik dia. Setelah di brain-wash dan ditorture minda supaya keluar dari sekolah sains kerana takut akan menjejaskan kedudukan sekolah. Tapi tetap tak makan saman. Alasannya makanan kat sekolah asrama sedap-sedap. Haha


Seperti yang dijangka, keputusan SPM tahun tersebut jatuh disebabkan kawan ayah aku ni. Ramai pelajar yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara tapi kawan ayah aku ni lepas SPM terus kerja sebagai mekanik kat BMW Kota Bharu. Lama-lama dinaikkan pangkat menjadi ketua mekanik. 


Biasalah bila dah ada kemahiran, bolehlah buka syarikat sendiri. Kawan ayah pun tak lama kemudian bukak syarikat alat ganti kereta BMW di samping memiliki sebuah workshop. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..=)


Dipendekkan cerita, waktu tahun 1981 tu, masa era Tun Dr. Mahathir, syarat 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat asing diperkenalkan. Kawan ayah aku ni ditawarkan untuk jadi pemegang saham sebab dia antara bumiputera yang terkehadapan waktu tu. Guess what?? 


Sekarang dah jadi tauke BMW dan dapat Datuk dah pun. Malah lebih kaya dari yang belajar kat oversea. Haha. Walaupun mulanya buta huruf tapi tu la tuah manusia siapa yang tahu.

No comments:

Post a Comment