Sunday, May 22, 2011

Personal: PSD scholarship

"PETALING JAYA: Some top scorers are baffled that they have not been offered Public Service Department (PSD) scholarships despite having excelled in their examinations.
Yeoh Zheng Yi, who scored st-raight As in his Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), said he thought he had done well during PSD's scholarship selection interview.
He was disappointed that he was not selected.
“My parents are retiring soon and my younger sister needs to go to college, too. I need this scholarship to ease my parents' financial burden.
“I would prefer to study engineering, particularly in Germany.
“But at this point, I wouldn't mind accepting any scholarship from PSD just as long as I get one,” said the student from SMK Tinggi Bukit Mertajam in Penang.
He said he was required to submit his parents' salary statements with his application.
“The form which is downloaded from the PSD website is no longer available now that applications for scholarships are closed,” said Yeoh.
SMK Taman Jasmin 2 student C.M. Vishnu Arvindran, who scored 9A+ and 1A, said he had not received the scholarship he had applied for.
“Yet, some of my friends who got 8A+ obtained their scholarship of choice,” he said.
He added that he had wanted a scholarship to do a degree course in medicine but was awarded one for a diploma in science.
Both students hoped they would still be awarded the scholarships after submitting their appeals."
This article is retrieved from The Star online on 21st May 2011. Looking at the article makes me wonder what if PSD stop giving the scholarship to students or people will repeatedly claim that it's their right. Scholarship is an award not a right or whatsoever. Your job is to apply and the rest is the offerer business. Nowadays, it seems that the situation have become vice-versa. The applicants oppress the offerer because they think that they DESERVE the scholarship. And suprisingly, the complaints come from certain 'sides'.  
Some quarters may say that I am racist but it is just my point of view. No offence. 
Foot Note: It is just my point view. You can make your own thought, interpretation but after all it is my opinion. 

Saturday, May 21, 2011

Personal: Warganegara

Haha..dah cukup umo rupanya ak ni. Bangga seyh dah umo 21 tahun. Walaupun perangai tak macam orang 21 tahun tapi dah boleh mengundi..

Barulah jadi warganegara. Walaupun satu undi tapi satu undi tulah yang boleh menyembamkan muka wakil rakyat sekarang ke tanah atau menyerikan penyandang baru..haha

Nota Kaki: Oh ya..umo 21 dah boleh daftar nama untuk jadi pengarah syarikat yang sah dan dan dan dan..boleh kawin..hikhik =)

Tuesday, May 3, 2011

Personal : Osama.

Umat Islam digemparkan dengan berita kematian Osama bin Laden.

Berikut adalah kenyataan dari Amerika Syarikat

" Mayat yang ditemui adalah dipercayai Osama Bin laden, pengganas yang merancang serangan 11 September 2001. Mayat tersebut dihanyutkan ke dalam air setelah tiada negara yang sanggup menerima mayat tersebut. Mayat tersebut telah disemadikan mengikut cara Islam..."

Kalau dilihat dala kenyataan di atas, ada beberapa perkataan dan ayat yang saya sengaja garis kerana ada unsur penipuan dan provokasi. Perkataan pertama, pengganas. Apakah yang membunuh Osama itu lebih jinak, sedangkan dalam gambar, Osama dilihat dibom hingga hancur pada bahagian mata. Sehingga sekarang tiada sebarang bukti Osama terlibat secara langsung dengan sebarang jenis keganasan!!

Perkataan kedua, dihanyutkan. Saya yakin dan percaya mayatnya tidak akan dihanyutkan sebaliknya dihumban ke dalam laut. Baik sangatkah Amerika untuk 'menghanyutkan' mayat Osama..

Yang ketiga, ayat tiada negara yang yang sanggup menerima mayat tersebut. Iyalah, dah humban ke laut, mesti kena bagi alasan untuk menyedapkan hati rakyat di seluruh dunia yang mengutuk Amerika Syarikat. Mereka mashu dunia bersetuju dengan mereka dengan membuat kenyataan umum bahawa tiada negara yang sanggup menerima mayat Osama seolah-olah mereka bersetuju dengan perbuatan jelik Amerika Syarikat.

Keempat, ayat disemadikan mengikut cara Islam. Kalau dah menganut agama Islam, masakan nak ikut cara Islam. Depa buat cara ikut nenek moyang mereka la tu. Hanyut orang dalam air. Mayat, tidak kira Islam atau Kristian, mesti diuruskan mengikut tuntuan agama masing-masing.

Susulan pengumuman kematian Osama juga, nilai dolar meningkat kononnya 'keyakinan' pelabur bahawa 'dunia akan lebih aman tanpa Osama'. Betapa bodoh rakyat Amerika yang menyokong bahawa Osama adalah pengganas dan satu lagi kerana diperbodohkan pemimpin mereka sendiri!!

Saturday, May 8, 2010

Personal: Perbankan Islam Vs Perbankan Konvensional(Bahagian 1)..

Masa mula-mula aku kenal perbankan Islam ialah sewaktu tengok logo warna biru dekat risalah bank. Masa tu memang tak kenal apa-apa pun beza antara perbankan Islam dengan bank konvensional. Beberapa tahun berlalu sehinggalah tahun 2005, aku terbaca pasal artikel penggabungan Bumiputra-Commerce Bank dengan Southern Bank. Dari situ aku minat untuk mengetahui pasal industri perbankan Malaysia memandangankan cita-cita aku pada masa tu untuk menjadi akauntan (waktu tu tak belajar fizik lagi dan tak terfikir pun nak ambil kejuruteraan awam..haha). Dari situ minat aku bercambah kepada perbankan Islam kerana setelah meneliti cara bank konvensional berfungsi, aku lebih berminat dengan pendekatan perbankan Islam. Sebelum itu, aku nak bercerita sedikit pasal bank-bank Islam yang ada kat Malaysia ni (tajuk projek research assignments Islamic Studies).

Malaysia kalau nak dikira sangat bertuah kerana melaksanakan perbankan Islam sejak 1983 lagi. Dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), rakyat Malaysia yang beragama Islam mempunyai pilihan untuk menyimpan dan meminjam wang melalui cara yang dibenarkan oleh syariat. Teringat pulak pasal kata-kata dari seorang ustaz, "Islamic Banking should not be a choice or alternative, instead it MUST be our choice.." Sememangnya telah dijelaskan dalam Al-Quran sebanyak 12 kali berkaitan larangan riba dalam ayat 2:275 dan juga ayat 2:276, 2:278, 3:130, 4:161, 30:39. Allah menghalalkan jual beli dan melarang umatnya dari mengambil riba. Terdapat juga beberapa hadis yang turut menekankan keburukan riba. Riba terdapat pelbagai jenis dan perbankan konvensional juga termasuk dalam perniagaan yang berasaskan riba. Berbalik kepada Bank Islam, walaupun telah ditubuhkan sejak 1983, tidak terdapat banyak perubahan sehinggalah kemasukan Bank-bank Islam dari luar negara khususnya dari Timur tengah seperti Kuwait Finance House, Asian Finance House dan juga Al Rajhi Bank. Kemunculan bank-bank Islam asing ini sebenarnya sangat dinanti-nanti kerana mereka membawa masuk modal dan yang penting cara mereka berfungsi. Negara-negara Timur Tengah amnya mempunyai umat Islam yang patuh terhadap ajaran agama Islam, oleh itu bank-bank Islam mereka lebih berhati-hati dengan penawaran produk agar tidak melanggar tuntutan syariat. Bagaikan tesentak dengan kehadiran bank-bank ini, BIMB terus melaksanakan perubahan terhadap cara mereka beropIMB terdapat juga bank Islam yang ditubuhkan oleh oleh bank konvensional untuk mengendalikan perbankan Islam di Malaysia. Suka untuk aku ceritakan pengalaman peribadi aku ketika mula-mula membuka akaun di BIMB pada tahun 2008. Masa tu akan menetap di Temerloh, Pahang. Persepsi aku sebelum melangkah masuk ke ke cawangan bank tersebut adalah BIMB tidak cekap dan tidak mesra pelanggan, tapi sangkaan aku salah. Masa mula-mula masuk penyambut pelanggan (PRO) menjemput masuk dan menanyakan apa yang aku nak. Sekeping borang untuk buka akaun dihulurkan dan PRO tu menerangkan bahagian yang perlu diisi. Siap jer aku terus bagi kat PRO tu dan aku diarahkan ke kaunter. Sambil-sambil pegawai bank tu memasukkan butiran peribadi ke dalam komputer, dia dengan ramah bertanya tentang asal dari mana dan sebagainya. Part yang paling best sekali waktu pengurus bank tu keluar dari bilik dia dan memantau pegawainya beraksi. Tanpa disangka-sangka dia datang kat aku dan bertanya pendapat aku tentang cawangan bank tersebut. Kalau korang nak tahu aku jawab sangat bagus!! Tak pernah aku tengok pengurus bank yang memakai jubah dan berserban dalam bank!! Hampir semua pengurus bank pakai kot tapi dekat cawangan BIMB di Temerloh pengurusnya memakai jubah dan berserban manakala stafnya yang perempuan bertudung labuh. Keseluruhan proses mengambil 10-15 minit je sehinggalah aku beredar dari bank tersebut. Itulah pengalaman manis aku berurusan dengan bank. Berbeza dengan pengalaman di CIMB Bank, nak buka akaun pun dekat sejam. Dahla lambat lepas tu pulak tak boleh buat di kaunter, tetapi kena naek dekat pejabat di tingkat atas. Bercerita pasal CIMB Bank ni ada banyak perkara yang aku tak berkenan. Salah satunya dekat CIMB cawangan UTP (sekarang telah ditutup). Dulu ada seorang pegawai bank ni yang (perempuan) yang selalu memakai baju yang tertera CIMB Islamik yang berwarna hijau sedangkan dia tidak bertudung dan rambut diwarnakan merah!! MasyaAllah adakah Islamik itu hanya pada produk tetapi tidak pada orang yang menjualkannya. Perkara ni penting untuk diberitahu sebab sekiranya orang bukan Islam melihat perbankan Islam sebegini, akan timbullah pandangan negatif kepada Islam khususnya. Selain kisah pegawai bank tersebut, ada seorang pegawai bank di cawangan sama yang menyebabkan aku lebih yakin dengan BIMB. Entah macam mana kad bank aku rosak sem lepas, jadi aku pun pergi la CIMB UTP. Aku cakap nak tukar kad pastu pegawai bank tu pun cakap jangan bimbang nak tukar kad senang jer..macam-macam la dia crite pastu borak-borak dengan sorang pensyarah yang kebetulan ada kat situ. Pastu bila siap dia bagi kad dengan satu slip. La, pegawai bank tu tak cakap pun ada caj RM12 untuk buat kad baru. Aku tahu bank memang cekik darah dengan caj yang entah apa-apa tapi sekurang-kurangnya sebagai pelanggan aku berhak tahu tentang caj tersebut. (Kalau korang nak tahu cip yang ada dekat kad tu tak sampai seringgit pun ditambah dengan sekeping plastik memang tak sampai RM12 ringgit). Kalau nak berurusan dengan bank ni kena selalu beringat yang bank ni tak boleh dipercayai terutamanya bank konvensional sebab keuntungan mereka adalah berdasarkan "the sky is the limit". Cerita ketiga pasal CIMB ni, kalau korang nak tahu Bank Muamalat dahulunya sebahagian dari Bank Bumiputra Commerce yang kini menjadi bank CIMB ( CIMB adalah akronim Commerce International Merchant Bankers). Bank Mualamalat kemudiannya dijual kepada EON Group dan susulan daripada itu CIMB dilarang daripada menubuhkan anak syarikat perbankan Islam selama 5 tahun. Habis je larangan 5 tahun tu CIMB menbuhkan CIMB Islamic untuk mengendalikan urusniaga berkaitan perbankan Islam. Tapi berbeza dengan anak syarikat perbankan Islam lain, CIMB Islamik tidaklah "Islamik" sepenuhnya. CIMB Islamik berkongsi cawangan dengan CIMB Bank (konvensional) atas alasan untuk mengoptimumkan produktitivi pekerja dan menjimatkan kos. Tetapi pandangan aku apabila perbankan Islam dijalankan sekali dengan perbankan konvensional kesannya boleh dilihat pada kisah pegawai bank tadi (yang pakai baju bank Islam tadi). Takkan halal apabila yang halal bercampur dengan yang haram kan..Itulah sebab aku lebih percaya kepada bank yang menjalankan perbankan Islam 100 peratus seperti BIMB, Bank Muamalat, Kuwait Finance House (KFH), AL Rajhi Bank..Mereka tidak dikongkong oleh mana-mana dan bebas untuk menentukan produk mereka sendiri selagi mengikut tuntutan syariah..Pernah tak korang terfikir ke mana duit yang korang simpan dipinjamkan dan macam mana duit tu diurusakan? Aku musykil macam mana bank nak membezakan antara duit dari deposit bank Islamik dan duit dari deposit bank konvensional atau duit itu dibezakan dengan jumlah di depan skrin je..sama-samalah kita fikirkan persoalan ni..

Bahagian kedua nanti aku akan cerita pasal bank Islam lain dan mana yang aku rekemen serta kelemahan perbankan di Malaysia..

Nota: Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis sahaja. Sekiranya fakta yang diberikan tidak tepat dan mengelirukan penulis memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan..Penulis hanyalah insan biasa yang tidak terlepas dari melalkukan kesilapan..

Sunday, August 16, 2009

Personal : Kawang2..(Trg Version)

Kawang2 ak nak kabo ke sek2 mg aku busy ujg mggu ni..Sek2 mg kabo katku ar kalu ader mende2..Tolong r..ak cbok lajok..kena jage booth..dok dang nak makang dengang sek2 mung..
adios..