Saturday, May 8, 2010

Personal: Perbankan Islam Vs Perbankan Konvensional(Bahagian 1)..

Masa mula-mula aku kenal perbankan Islam ialah sewaktu tengok logo warna biru dekat risalah bank. Masa tu memang tak kenal apa-apa pun beza antara perbankan Islam dengan bank konvensional. Beberapa tahun berlalu sehinggalah tahun 2005, aku terbaca pasal artikel penggabungan Bumiputra-Commerce Bank dengan Southern Bank. Dari situ aku minat untuk mengetahui pasal industri perbankan Malaysia memandangankan cita-cita aku pada masa tu untuk menjadi akauntan (waktu tu tak belajar fizik lagi dan tak terfikir pun nak ambil kejuruteraan awam..haha). Dari situ minat aku bercambah kepada perbankan Islam kerana setelah meneliti cara bank konvensional berfungsi, aku lebih berminat dengan pendekatan perbankan Islam. Sebelum itu, aku nak bercerita sedikit pasal bank-bank Islam yang ada kat Malaysia ni (tajuk projek research assignments Islamic Studies).

Malaysia kalau nak dikira sangat bertuah kerana melaksanakan perbankan Islam sejak 1983 lagi. Dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), rakyat Malaysia yang beragama Islam mempunyai pilihan untuk menyimpan dan meminjam wang melalui cara yang dibenarkan oleh syariat. Teringat pulak pasal kata-kata dari seorang ustaz, "Islamic Banking should not be a choice or alternative, instead it MUST be our choice.." Sememangnya telah dijelaskan dalam Al-Quran sebanyak 12 kali berkaitan larangan riba dalam ayat 2:275 dan juga ayat 2:276, 2:278, 3:130, 4:161, 30:39. Allah menghalalkan jual beli dan melarang umatnya dari mengambil riba. Terdapat juga beberapa hadis yang turut menekankan keburukan riba. Riba terdapat pelbagai jenis dan perbankan konvensional juga termasuk dalam perniagaan yang berasaskan riba. Berbalik kepada Bank Islam, walaupun telah ditubuhkan sejak 1983, tidak terdapat banyak perubahan sehinggalah kemasukan Bank-bank Islam dari luar negara khususnya dari Timur tengah seperti Kuwait Finance House, Asian Finance House dan juga Al Rajhi Bank. Kemunculan bank-bank Islam asing ini sebenarnya sangat dinanti-nanti kerana mereka membawa masuk modal dan yang penting cara mereka berfungsi. Negara-negara Timur Tengah amnya mempunyai umat Islam yang patuh terhadap ajaran agama Islam, oleh itu bank-bank Islam mereka lebih berhati-hati dengan penawaran produk agar tidak melanggar tuntutan syariat. Bagaikan tesentak dengan kehadiran bank-bank ini, BIMB terus melaksanakan perubahan terhadap cara mereka beropIMB terdapat juga bank Islam yang ditubuhkan oleh oleh bank konvensional untuk mengendalikan perbankan Islam di Malaysia. Suka untuk aku ceritakan pengalaman peribadi aku ketika mula-mula membuka akaun di BIMB pada tahun 2008. Masa tu akan menetap di Temerloh, Pahang. Persepsi aku sebelum melangkah masuk ke ke cawangan bank tersebut adalah BIMB tidak cekap dan tidak mesra pelanggan, tapi sangkaan aku salah. Masa mula-mula masuk penyambut pelanggan (PRO) menjemput masuk dan menanyakan apa yang aku nak. Sekeping borang untuk buka akaun dihulurkan dan PRO tu menerangkan bahagian yang perlu diisi. Siap jer aku terus bagi kat PRO tu dan aku diarahkan ke kaunter. Sambil-sambil pegawai bank tu memasukkan butiran peribadi ke dalam komputer, dia dengan ramah bertanya tentang asal dari mana dan sebagainya. Part yang paling best sekali waktu pengurus bank tu keluar dari bilik dia dan memantau pegawainya beraksi. Tanpa disangka-sangka dia datang kat aku dan bertanya pendapat aku tentang cawangan bank tersebut. Kalau korang nak tahu aku jawab sangat bagus!! Tak pernah aku tengok pengurus bank yang memakai jubah dan berserban dalam bank!! Hampir semua pengurus bank pakai kot tapi dekat cawangan BIMB di Temerloh pengurusnya memakai jubah dan berserban manakala stafnya yang perempuan bertudung labuh. Keseluruhan proses mengambil 10-15 minit je sehinggalah aku beredar dari bank tersebut. Itulah pengalaman manis aku berurusan dengan bank. Berbeza dengan pengalaman di CIMB Bank, nak buka akaun pun dekat sejam. Dahla lambat lepas tu pulak tak boleh buat di kaunter, tetapi kena naek dekat pejabat di tingkat atas. Bercerita pasal CIMB Bank ni ada banyak perkara yang aku tak berkenan. Salah satunya dekat CIMB cawangan UTP (sekarang telah ditutup). Dulu ada seorang pegawai bank ni yang (perempuan) yang selalu memakai baju yang tertera CIMB Islamik yang berwarna hijau sedangkan dia tidak bertudung dan rambut diwarnakan merah!! MasyaAllah adakah Islamik itu hanya pada produk tetapi tidak pada orang yang menjualkannya. Perkara ni penting untuk diberitahu sebab sekiranya orang bukan Islam melihat perbankan Islam sebegini, akan timbullah pandangan negatif kepada Islam khususnya. Selain kisah pegawai bank tersebut, ada seorang pegawai bank di cawangan sama yang menyebabkan aku lebih yakin dengan BIMB. Entah macam mana kad bank aku rosak sem lepas, jadi aku pun pergi la CIMB UTP. Aku cakap nak tukar kad pastu pegawai bank tu pun cakap jangan bimbang nak tukar kad senang jer..macam-macam la dia crite pastu borak-borak dengan sorang pensyarah yang kebetulan ada kat situ. Pastu bila siap dia bagi kad dengan satu slip. La, pegawai bank tu tak cakap pun ada caj RM12 untuk buat kad baru. Aku tahu bank memang cekik darah dengan caj yang entah apa-apa tapi sekurang-kurangnya sebagai pelanggan aku berhak tahu tentang caj tersebut. (Kalau korang nak tahu cip yang ada dekat kad tu tak sampai seringgit pun ditambah dengan sekeping plastik memang tak sampai RM12 ringgit). Kalau nak berurusan dengan bank ni kena selalu beringat yang bank ni tak boleh dipercayai terutamanya bank konvensional sebab keuntungan mereka adalah berdasarkan "the sky is the limit". Cerita ketiga pasal CIMB ni, kalau korang nak tahu Bank Muamalat dahulunya sebahagian dari Bank Bumiputra Commerce yang kini menjadi bank CIMB ( CIMB adalah akronim Commerce International Merchant Bankers). Bank Mualamalat kemudiannya dijual kepada EON Group dan susulan daripada itu CIMB dilarang daripada menubuhkan anak syarikat perbankan Islam selama 5 tahun. Habis je larangan 5 tahun tu CIMB menbuhkan CIMB Islamic untuk mengendalikan urusniaga berkaitan perbankan Islam. Tapi berbeza dengan anak syarikat perbankan Islam lain, CIMB Islamik tidaklah "Islamik" sepenuhnya. CIMB Islamik berkongsi cawangan dengan CIMB Bank (konvensional) atas alasan untuk mengoptimumkan produktitivi pekerja dan menjimatkan kos. Tetapi pandangan aku apabila perbankan Islam dijalankan sekali dengan perbankan konvensional kesannya boleh dilihat pada kisah pegawai bank tadi (yang pakai baju bank Islam tadi). Takkan halal apabila yang halal bercampur dengan yang haram kan..Itulah sebab aku lebih percaya kepada bank yang menjalankan perbankan Islam 100 peratus seperti BIMB, Bank Muamalat, Kuwait Finance House (KFH), AL Rajhi Bank..Mereka tidak dikongkong oleh mana-mana dan bebas untuk menentukan produk mereka sendiri selagi mengikut tuntutan syariah..Pernah tak korang terfikir ke mana duit yang korang simpan dipinjamkan dan macam mana duit tu diurusakan? Aku musykil macam mana bank nak membezakan antara duit dari deposit bank Islamik dan duit dari deposit bank konvensional atau duit itu dibezakan dengan jumlah di depan skrin je..sama-samalah kita fikirkan persoalan ni..

Bahagian kedua nanti aku akan cerita pasal bank Islam lain dan mana yang aku rekemen serta kelemahan perbankan di Malaysia..

Nota: Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis sahaja. Sekiranya fakta yang diberikan tidak tepat dan mengelirukan penulis memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan..Penulis hanyalah insan biasa yang tidak terlepas dari melalkukan kesilapan..

Sunday, August 16, 2009

Personal : Kawang2..(Trg Version)

Kawang2 ak nak kabo ke sek2 mg aku busy ujg mggu ni..Sek2 mg kabo katku ar kalu ader mende2..Tolong r..ak cbok lajok..kena jage booth..dok dang nak makang dengang sek2 mung..
adios..

Dunia : Why boycotting is just a waste.

When we heard about bombing in Palestin, many of Muslim around the world feels angry and hurt with the fate of Palestinean. The damn Israel should be condemned about their massacre they have done to Muslims. Riots, boycott are held everywhere to demonstrate our frustrations of injustice that the Western countries did.

I want to express my opinion about boycott which seems to bring little impact to Israel and their allies. This is because boycott is carried out after major disruptions happen in Palestine and it is seasonal. I think boycott should be done if and only if we have alternatives to replace the product produced by Israel and their allies. This is better as if we don't have such kind of power to bring them down their products, they will still conquer most of the market.

There is one statement from President of KFC Holdings (Malaysia) Berhad, Tan Sri Ali Muhammad Hashim which stated that KFC does not contribute to the Israelis..They only pay 4 percent fees as franchiser's fees. Tan Sri Ali also Said that it is better for muslims to buy over company that produces the product rather than boycotting which does not help the Muslims economies.

Therefore if Muslims wants to avoid the flow of money to the non-Muslims they have to control the economy. Boycott brings very little impact to their economy.
What is your opinion?

Thursday, August 13, 2009

Personal : SeUnTaI KaTa UnTuk DiRaSa

Perkataan..
Lebih tajam dari pedang..
Salah pilih..
Mampu menikam..
Tikam saper..
Tak taulah..
Pikir2 baek-baek sblom cakap..
adios..

Personal : Pengurusan Kewangan..

Ok, atas permintaan ramai ak update la blog ni..Hari ni ak nk cakap pasal pengurusan kewangan. Walaupun tajuk ni agak berat sikit, tapi memandangkan budak - budak UTP ni boros sket, ak nk cakap sket pasal hal ni.

Pengurusan Kewangan (P.K) ni tersangat la penting kerana korang ada scholar yang perlu dibelanjakan ngan baek..so, sebulan dapat RM500 nk wat pe..kat bwh ni..ak tunjuk sket2 pblanjaan sbluan (purata)

Makan pagi : RM 3
Makan Tgh hari : RM4.5
Makan malam : RM 4
Jumlah : RM 11.5

makan 3 kali sehari x30 hari : RM 11.5 x 30 = Rm 345
(ni bg org biase, tak melantak r)

Baki : RM 500 - RM 345 = RM155
Macam mane dengan Rm155 tu korang bley survive? Scholar da fixed, tak tambah (kecuali Petronas, Mara baek hati nak tambah...). Ader org beli lauk je, nasi tanak sendiri..bagus..
ader org mintak ngan mak bapak..boros..ader orang pau makanan kawan..cerdik..haha..
ader orang labur duit untuk dapat duit tambahan..yang ni paling bijak..ye la korang dapat RM500 mane nak cukup nak bayar harga makanan mahal kat sume kafe..kalau ader support FAMA lain kire lah..nak melantak ikut suka hati korang la..

Pasal melabur ni bukan pi melabur dalam saham..maksud ak labur tu..guna duit tu jadi modal untuk dapat untung..sebulan korang bajet Rm50 dapat untung RM10 pun dah ok..asalkan korang dapat duit lebih. Jumlah sume RM510..best woo..perniagaan aper itu korang punyer pasal..asal halah, tak tindas orang laen sudeyh..nanti ak nak cakap pasal jenis jenis pelaburan..

ok, stay tune..