Tuesday, August 23, 2011

Personal: Tambah nilai a.k.a topup

Alhamdulillah, dah 23 hari umat islam berpuasa pada Ramadhan. Rasa macam sekejapa sangat. Tup-tup dah nak raya. =)

Biasa la hujung-hujung pose nanti nak hantar sms raya kenalah pakai topup. Biasa la orang sengkek macam aku ni takde duit nak pakai line. Haha. Sekarang senang, boleh topup pakai cimb clicks, maybank2u dan lain-lain. Tapi kan kalau korang nak tau pakai internet banking untuk topup lagi merugikan. Aku amek contoh:


Komisyen agen topup:
Celcom 4.0-5.0 %
Maxis 2.0-3.0 %
Digi 1.5-2.5 % 


Keuntungan dikira dalam persen. Sebagai contoh, kalau korang beli topup harga RM10, bermakna untuk topup Celcom, dealer tu akan dapat dari 40 sen hingga 50 sen dari hasil jualan. Begitu jugak yang lain-lain (Kalau tengok rate kat atas tu memang kedekut betul Maxis ngan Digi). 

Okay. Yang ni pulak kalau beli topup pakai internet banking.

Keuntungan Bank (topup RM10) 
= Komisyen+ Caj perkhidmatan
= RM0.40+RM1.00
=RM 1.40

This is so IMBA!! Kalau tolak komisyen bank masih untung 9 percent!! Lagi tinggi dari agen-agen kat luar sana. Sepatutnya, Persatuan Pengusaha Kad Nilai Tambah (ada ke? Haha) mengusulkan benda ni kat Kerajaan. Dah la amek alih bisnes diaorang pastu charge lebih-lebih.

I don't mind to pay RM10 to get RM10 worth of service. Yang komisyen memang patut dapat kat agen tu. But I  really care when I'm paying RM11 for RM10 worth of service plus that I know they are profiteering from their CUSTOMERS!!



Yang ni artikel dari Akhbar The Borneo Post. Untuk artikel penuh, boleh klik di 
 .


SIBU: Kad tambah nilai telefon prabayar atau kad ‘top-up’ tidak boleh dijual lebih daripada harga yang ditetapkan, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  Sarawak Wan Amar Uzir Wan Sulaiman petang semalam.
Katanya, para pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya sekiranya mereka dikenakan caj lebih daripada harga sebenar kad tambah nilai yang dibeli.
“Ramai orang merungut apabila membeli kad top-up  yang dijual lebih daripada harga sebenarnya namun kebanyakan mereka tidak mahu melaporkan perkara tersebut kerana rugi yang ditanggung hanya sekadar RM0.50 hingga RM1.00,” katanya sambil menambah pengguna perlu tahu hak mereka sebagai pengguna.

Nota kaki: Salah satu sebab aku lambat buat akaun cimbclicks bukan sebab isu keselamatan semata-mata, tapi internet banking ni sebenarnya sedikit je faedah die kat pengguna tapi untung banyak kat bank. Untuk setiap transaksi kat bank, dianggarkan RM0.40 kos yang kena dikeluarkan (tak tahu la kos ape). Tapi untuk internet banking, diaorang untung lebih lagi sebab caj minimum setiap servis adalah RM1, dan dalam internet banking ni ada macam-macam caj. Tu la bank beria-ia sangat duk promote internet banking because 'there's money to be made'. Pesanan aku kalau nak transfer duit ke, kalau dah dekat dengan cawangan bank, pakai je la ATM. Bank is the most cruellest company to deal with in the world..haha

Wednesday, August 10, 2011

Personal : New Highway in Kelantan!!


KOTA BHARU 10 Ogos - Kerajaan Pas Kelantan merancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu – Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan Pas di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah.

Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan.

"Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka.

"Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja.

"Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Friday, August 5, 2011

Personal : Apa ada pada nombor?

Dalam ketenangan selepas Bersih 2.0, masih ada yang duk 'hangat' tapi bukan di KL tapi kat Kedah la. Mungkin ramai yang tak tau tetapi ramai jugak yang dah tau. Senang crita habaq hang, kat Kedah ni ramai yang dah gila. Haha..bukan gila nak masuk Hospital Tanjung Rambutan, tapi gila nombor.

Pernah tak korang baca pasal ada orang sanggup tender nombor plat kenderaan sampai beratus-ratus ribu ringgit. Dulu negara pernah gempar bila masuk dalam paper, ada tauke cina yang tender nombor plat Terengganu TAY 1 sebanyak RM220,000. Bayangkan berapa banyak kereta Kancil yang korang boleh beli dengan duit sebanyak tu takpun berapa banyak anak yatim yang boleh korang tolong. 

Kat bawah ni statistik tender nombor plat kenderaan yang tertinggi pernah dicatatkan. 

Sumber dari The Star bertarikh 21 Mac 2010

Tapi kat Kedah lain pulak ceritanya. Dalam entri ni, saya bukan nak cakap pasal tender paling tinggi pun sebab paling tinggi nombor plat Kedah dibida adalah KCT 1, milik penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza yang ditender sebanyak RM66550. 

Tapi ceritanya adalah nombor plat Kedah yang terbaru siri KDA. Ramai mungkin tertanya apa specialnye nombor ni. Kalau orang luar tengok nombor ni biasa je tapi orang Kedah memang dah tunggu lama no plat ni. Nombor pendaftaran (plat) KDA yang boleh diibaratkan dari singkatan ‘Kedah Darul Aman’ secara rasminya telah berada telah mula berada di atas jalanraya mulai Ahad lepas. Banyak kedai-kedai motor dan pengedar kereta di negeri Kedah (utara) mengalami kesesakan yang ‘luar biasa’ apabila ramai pembeli telah menyerbu bilik pameran mereka untuk mengambil kenderaan masing-masing setelah hampir sebulan menunggu nombor plat ini keluar.


Dari tinjauan di sebuah kedai motor, hampir 50 motorsikal didaftarkan dalam masa sehari. Ada diantaranya awal-awal lagi telah menempah nombor kegemaran mereka sebulan yang lalu dan hari ini barulah mereka dapat memiliki nombor kesukaan mereka. Bagi saya nombor ini memanglah sangat cantik dan kelihatan eklusif. Sehingga jam 5:35 petang tadi sebanyak 2703 buah kenderaan telah didaftarkan dalam masa tak sampai dua hari.

Namun demam nombor plat KDA tidak melanda kawasan Sungai Petani dan Kulim di mana penduduk di sana lebih gemar menggunakan nombor pendaftaran negeri Pulau Pinang (patutlah no. plat Kedah lambat bertukar).

Bayangkan kalau sebelum ni, pendaftaran kenderaan kereta kat Kedah dalam range 200-400 sehari tapi telah melonjak kepada purata 700 buah kenderaan sehari. Satu jumlah yang cukup banyak sebab pendaftaran kenderaan untuk siri KDA ni mengatasi pendaftaran di Johor!!




Walaupun saya bukanlah orang Kedah dah nombor kenderaan hanyalah nombor kenderaan, tetapi kita boleh lihat aspek yang lebih luas. Kalau di kelantan, mereka berbangga dengan plat D dan sama di Kedah, lain halnya di Terengganu. Ramai yang memilih untuk mendaftarkan kenderaan mereka dengan nombor plat Wilayah Persekutuan tetapi tidak di Kelantan. 

Kalau dilihat dari skop yang lebih besar, nombor kenderaan sebenarnya memberi petunjuk yang paling tepat kepada perkembangan ekonomi setiap negeri. 


Kutipan cukai di negeri-negeri pada tahun 2008

No siri terbaharu pada 29 Julai 2011
Kenapa nombor kenderaan berkait dengan ekonomi negeri?? Sebabnya bila taraf hidup rakyat di negeri tersebut, makin ramai yang memiliki  kenderaan tak kisah la kereta atau motosikal. Jadi kalau dilihat dari kutipan cukai, memang misleading sebab bukan semua rakyat di negeri tu bayar cukai. Lagipun, sebagai contoh kutipan cukai di Melaka lebih tinggi disebabkan cukai kepada syarikat yang lebih banyak berbanding cukai dari individu. See the point?


Masalah sekarang ekonomi negeri diukur dari segi kutipan cukai yang memang akan 'banyak di sana' dan 'kurang di sini' yang sebahagian besarnya disebabkan faktor politik. 

Kredit kepada blog imddinahmad.blogspot.com/2011/07/tsunami-plat-kda-melanda-kedah.html dan juga http://neutraldaily.blogspot.com/2010/02/untuk-perhatian-menteri-besar-kutipan.html.

Nota kaki: Personal Je ni. Haha